Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya maaf zahir dan batin

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini hampir melabuhkan tirai..... semoga ibadah puasa kita akan mendapat keberkatan dan amalan baik yang dilakukan di sepanjang bulan ini akan berterusan hendaknya di masa-masa akan datang...


Hari Raya tahun ni pula giliran saya pulak beraya bersama keluarga di Muar... alhamduillah, rasa seronok sangat...persiapan raya tahun ni alhamdulillah semuanya dah settle awal-awal. Cuma untuk kuih muih aje lah yang masih tak tersenarai lagi.. sape nak sponser ekkssss... anak dah mula merengek suruh buat kuih raya... macam tak sempat laaa, malas pun yer.. tak per nampaknya beli ajelaaaa... sebelum ini eksyen sangat tak nak order kuih muih kat opis ni, nak buat sendiri kononnyer... last-last satu apa pun tak jadi... tak per nanti kita carilah yang tunjuk ajelaaa yer...asal ada.


Selain daripada itu bulan ramadhan tahun ni saya telah menerima berbagai ujian dan cabaran.. antaranya ialah saya telah mendapat surat pertukaran ke unit Kewangan pada awal Oktober ini.
macam-macam perkara terjadi .. yang mana bos saya sekarang ni puas sudah untuk memujuk pengarah pentadbiran agar tidak menukarkan saya memandangkan pengalaman kerja yang saya ada... manakala bakal bos saya di unit kewangan masih nak pertahankan agar saya ditempatkan diunitnya...walau apa pun saya terima semua ni sebagai cabaran dan semoga saya dapat berkhidmat dengan lebih baik walau di mana saya ditempatkan.

Wednesday, August 05, 2009

Penularan Wabak H1N1

Semenjak wabak ini mula menular di negara ini, saya dapat merasakan kebimbangan terutama sekali untuk bergerak bebas ke mana-mana terutamanya tempat-tempat yang menjadi tumpuan masyarakat umum seperti di kompleks membeli-belah, pasar awam, taman-taman rekreasi dan sebagainya.

Sebelum ini anak-anak saya baru saja sembuh dari demam, selsema dan batuk. Keadaan mereka yang batuk agak teruk dan berlarutan membuatkan saya bertambah bimbang dan bermacam-macam andaian yang bermain di minda saya. Pada awalnya saya telah membawa mereka ke klinik biasa yang berhampiran dengan kawasan perumahan tersebut tetapi memandangkan keadaan semakin berlarutan dan saya nekad untuk membawa anak-anak saya disalah sebuah klinik pakar kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera.

Setelah doktor memberikan rawatan yang sebaiknya dan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang sesuai, saya rasa lega dengan perkembangan positif, penyakit pun dah mula berkurangan dan sehingga ke hari ini alhamdulillah dengan izin Allah saya yakin mereka telah pulih sepenuhnya.

Sunday, June 21, 2009

Ziarah keluarga kakak di Johor Bahru

Pada hari Khamis 18 hb Jun 2009 saya telah menerima satu panggilan telefon dari kakak yg mengatakan suami kak Halina telah meninggal dunia pagi tadi. Saya pun telefon suami bagitau ...memandangkan perjalanan ke Johor Bahru agak jauh dan saya ambil keputusan untuk ziarah mereka pada hari esok. Maklumlah ngan anak sekolah dan masih ada kerja yang belum selesai, kalau berebut-rebut pergi pun belum tentu dapat sampai sebelum jenazah dikebumikan lagipun suami pun tak pasti arah jalan ke sana.

Pada hari Jumaat seawal jam 4.00 pagi saya telah bangun untuk kemaskan rumah dan barang-barang yang mana perlu untuk dibawa ke Johor. Dan untuk siapkan anak-anak yang akan ke sekolah. Jam 8:00 pagi saya call emak di Muar untuk memberitahu bahawa saya akan ke Johor manalah tau kalau dia nak ikut sekali ke sana. Saya dan suami mengambil keputusan supaya anak yang sulung dan yang kedua tidak ikut kami kesana memandangkan mereka ada aktiviti di sekolah. Kami berpesan dengan jiran dan juga kepada pengasuh anak supaya jenguk-jengukkan anak kami yang tinggal. setelah semuanya beres kami meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur pada jam kurang lebih jam 10.30 pagi dan memandangkan emak tidak dapat turut serta kami terus sahaja melalui lebuhraya sehingga ke Johor Bahru dan sampai di sana lebih kurang jam 2 petang.

Kami berehat seketika di rumah kakak di Bandar Baru Uda sementara menunggu mereka membawa kami menunjukkan arah jalan ke rumah kakak Halina. lebih kurang jam 3.00 petang kami pun bergerak ke rumah kakak di Plentong dan sampai disana lebih kurang setengah jam kemudian. Suasana masih lagi bersedih, terutama kakak dan anak-anak beliau yang masih lagi sugul. Menurut kata kakak, suaminya telah mengalami penyakit kencing manis agak lama, tapi aruah tidak mahu mendapatkan rawatan secara berkala di pusat kesihatan yang berhampiran... sampailah di satu ketika penyakit tersebut telah melarat dan sebahagian dari kaki aruah terpaksa di buang kerana telah mengalami komplikasi. Menurut kata kakak lagi setelah aruah menjalani pembedahan (lebih kurang 15 hari selepas pembedahan) keadaan menjadi semakin kritikal sampailah doktor memaklumkan terdapat kuman dalam darah beliau seterusnya mengakibatkan jangkitan pada paru-paru.

Beliau telah ditempatkan di wad ICU hospital di Johor Bahru semalaman dan menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 8 pagi pada hari Khamis 18 Jun 2009 pada usia 51 tahun. Aruah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak, empatnya daripadanya masih lagi bersekolah antara tingkatan 6 dan darjah 1. Manakalah anak yang sulung baru saja bekerja.

Semoga kak Halina dianugerahkan semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan dan juga anak-anak beliau diberi ketabahan dan kekuatan serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Monday, June 01, 2009

Kunjungan Abang Ipar sekeluarga

Hari Ahad jam 11:30 malam saya telah dikunjungi oleh abang ipar dan keluarganya yang datang dari kelantan... amboiiiiii buat kejutan laaa pulak...Sebenarnya mereka pun tak rancang nak singgah ke rumah... kebetulan hari Ahad tu dia dan keluarganya hantar anak ke UPSI di Tanjung Malim...mungkin dah terlanjur ke Tanjung Malim tu dia nekad nak terus ke Kuala Lumpur...
Dah sampai pun malam tak laratlah pulak nak memasak bagai.. maklumlah dalam mood tidur masa tu.. dia orang pun dah letih agaknya .. saya pun buat air teh o panas dan biskut buat alas perut.. katanya dah makan kat luar... sib baikkk. lepas minum dia orang mandi dan terus tidurrrr.

So pagi isnin tu jam 6 pagi acara pun bermula dimana sesi menyediakan juadah. Menu utama tentulah sediakan mereka dengan hidangan yang berat sket. Nasib baik jugalah dah cuti sekolah... jadi tak adalah berebut sangat untuk siapkan anak-anak. Oleh kerana tetamu dari jauh bertandang kat rumah saya pun nekadlah jugak untuk ambil cuti kecemasan..hehehehe... bukan apa saya tak sampai hati bila orang jauh datang kat rumah, kita tinggalkan dia org pulak


lepas jer siapkan juadah kita orang breakfast bersama-sama sambil berbual-bual rupa-rupanya dah nak balik hari ni jugak... alamak aiiiii awalnya dia orang ni.. kakak ipar pula berhasrat nak ajak beli kain langsir . So saya pun mulakan langkah.... dengan memasak juadah tengahari... sebab jap lagi nak bawa kakak ipar ke KL untuk beli langsir .... dengan pantasnya jam 10:00 siap proses memasak dan bersiap ke Jalan TAR. Mula-mula kami masuk ke nagoya survey harga dulu.... lepas tu masuk kamdar... masih tak berkenan dan akhirnya pergi ke Jakel.. alhamdulillah sib baik masa dari pemantauan harga yang kami buat kat Jakel tengah buat sale... dan terus ajelah beli kat situ jer... harga pun jauh lebih murah dari tempat yang telah kami kunjungi sebelum ni.


Selesai membeli kami pun terus balik sebab dah tak larat nak bawa barang2 yang berat tu... so tahan teksi jerlah kena tambang dalam RM11.00. Kakak ipar nampak puashati dah dapat apa yang dia nak. sampai rumah duduk kejap hidangkan dia orang juadah tengahari.. dan lepas tu kemaskan baju anak-anak dan suami yang akan turut sama balik ke Kelantan.. Suami nak try rawat tangan anak sulung dengan perubatan tradisional di Kelantan.. so yang ikut balik ke sana ialah anak yang sulung dan anak yang ketiga. Manakala anak yang kedua dan keempat tinggal ngan saya diKL.


Selesai solat zohor mereka semua pun bersiap untuk bertolak ke Kelantan... jam 3 lebih barulah dia org bertolak dengan berkonvoi... Walaupun terasa juga laaa letihnya tapi saya rasa puas hati dapat beri layanan yang sebaiknya kepada mereka.

Friday, May 29, 2009

Selesai urusan penukaran hak milik rumah

Alhamdulillah proses penukaran pemilikan rumah yang diduduki sekarang telah selesai. Hari ini termaktub sudah dalam perjanjian di atas kertas... rumah yang kami duduki sekarang telah menjadi milik saya dan suami. Setelah hampir 8 bulan proses tersebut berjalan akhirnya selesai juga. Dan mulai dari hari ini saya dan suami akan berurusan dengan pihak bank pada setiap bulan bagi melangsaikan hutang rumah pula.
Sebenarnya bukan mudah untuk saya mendapatkan status penukaran pemilikan tersebut. Banyak dugaan yang terpaksa dilalui, bila diteliti semula banyak lah perkara-perkara yang kita sendiri tidak sedar. Percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNYA.... Dan hari ini saya boleh menarik nafas lega bila satu urusan tersebut telah selesai.
Bersyukur sangat atas segala nikmat yang dikurniakan olehNYA.

Wednesday, May 06, 2009

Gambar - ketika di KLIA (Dalam ingatan)

Gambar ini diambil sewaktu emak dan aruah abah pergi menunaikan umrah pada tahun 2002. Masa ini kita orang tengah duduk lepak-lepak kat KLIA untuk menunggu masa penerbangan mereka ke tanah suci.

Mereka berdua pergi melalui pakej tabung haji.... ini adalah kali kedua mereka pergi menunaikan umrah setelah Fardhu haji dilaksanakan iaitu pada tahun 1986. Alhamdulillah ke atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Alhamdulillah juga kerana pemergian mereka ke sana dipermudahkan selain dari nikmat kesihatan yang dianugerahi. Mudah-mudahan dipanjangkan juga kepada anak-anak yang masih belum berkesempatan lagi ni...


Sebenarnya tengah bosan tahap gaban ni.... tu yang selak-selak gambar lama... tetiba terjumpa pulak ler gambar lama ni... tu yang teringat nak abadikan gambar ni dalam blog...
Sambil-sambil tu sedekahkanlah fatihah ke atas roh aruah abah...

Thursday, March 12, 2009

Terkenang masa dulu-dulu

Pejam celik ..... terasa cepat benar masa berlalu, rasanya kalau boleh ditahan-tahan putaran masa dari terus beredar... hendak sangat lah kalau berada dialam persekolahan.. bukannya apa, keseronokkan di alam persekolahan lain dari yang kita tempuhi sekarang ini.

Antaranya tak fikir pun tentang masalah ekonomi dan persekitaran semasa, tau-tau mak dan abah bagi duit belanja ... dan tau-tau ada aje makanan yang tersedia bila balik rumah... ish memang seronok sangat. Tak terikat sangat nak urus rumah suka hati kalau nak kemas rumah, basuh baju, menyapu sampah... dan sebagainya. kalau tak buat pun.... mak, sure akan buat.. hehehe. tapi sekarang ni.. memang terasa.. berkejar-kejar ... tanggungjawab kat rumah lagi kat opis lagi.. mak oi kalau bukan difikir dengan akal yang waras mau aje terjun gaung(tapi takkan dibuat kut).. hehehe mati sia-sia tu..

Berbalik pada cerita zaman persekolahan dulu... bangun pagi memang selalu berperang, ingat lagi masa tu dah sekolah menengah abah ngan mak dah kejut awal agaknya banyak kali juga dia ketuk pintu bilik bila dipanggil sedar dan menyahut yeeee nak bangunlah ni.. tapi keluarnya tidak.. maklumlah sayang sangat nak tinggal kan tempat tidur tu.. pagi oooo sejuk, suasana kat kampung tau ajelah sejuk tu macam mana.. abah pi gendang pintu siap cakap jap lagi tak bangun pecah jugak pintu ni kang... pas tu masih terngiang-ngiang lagi suara mereka mereka berleter kat dapur sambil menyediakan sarapan. Nak dijadikan cerita ingatkan abah ngan mak akan kejut lagi nanti.. sempat lagi sambung tidur... tiba-tiba tersedar sebab macam silau ada cahaya terang menembusi tingkap ... ehhh tak leh jadi ni.. sekali pi bukak pintu bilik dan tengok jam rupanya dah pukul lapan pagi.... ha apa lagi bingkas bangun abah berleter.. punyalah marah tak leh nak digambarkan macam mana. Dia paksa lagi suruh jugak pi sekolah.. lewat ke hapa ker kena juga pi sekolah.. ha hambik kau .....sampai sekolah orang dah start belajar ishhhh malu sangat... sejak hari tu... memang ambik iktibarlah jugak tak mau bangun lewat tapi sekali sekala terjadi jugak namun taklah seteruk kisah yang ni...

Satu lagi yang saya teringat masa zaman persekolahan dulu.. biasalah budak perempuankan (datang bulan) ... yang bestnya abah siap masak nasi tu untuk anak dia ni... huiii cayalah lauk tu memang dah sedia ada dilebihkan masa mak ngan abah bersahur... kalau lauk habis pun paling tidak dia gorengkan telur.. memang best.. maklumlah tinggal kita bertiga aje kat rumah lagipun abg2 dan kakak2 semua dah berkeluarga dan dah tinggal berasingan cuma ada seorang abng yang masih belajar di politeknik kuantan masa tu... layanan yang diberi oleh mak ngan abah masa tu memang first class..bayangkan masa kita buat puasa ganti .. abah siap tanya nak makan apa berbuka puasa nanti... huh.

Dan paling seronok bila ketika keluarga semua berkumpul, masa tu memang riuh rendah rumah, Anak-anak sedara semuanya kecik-kecik lagi, memang seronoklah diajak bermain. Tapi kini semua dah berubah... bak kata pepatah dalam iklan pun zaman dah berubah dunia dah maju...sekarang semua terletak di atas tanggungjawab sendiri... ada anak-anak yang dianugerahkan dan besar amanah yang mesti dipikul.

Dulu, tak kisah pun apa pengorbanan mak dan abah... tapi bila saya duduk sorang2 melayan perasan ni.. baru saya dapat gambaran betapa pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan memang tidak ternilai dengan wang ringgit. Tiap yang di tegur dan sekali-sekala diherdik dirotan semuanya adalah untuk kebaikkan kita pada hari ini....