Sunday, July 09, 2006

Kisah dan Tauladan hidup berjiran

Duduk termenung di petang sabtu di rumah... kadang-kadang tu terfikir jugak betul le apa yang dikatakan orang, kehidupan dibandar ramai dikalangan masyarakatnya dah tak amalkan suasana hidup berjiran. Apa yang nak diceritakan ni bukan untuk mencari kesalahan orang tapi cukuplah sekadar memberi sedikit info tentang suasana hidup berjiran.

Ceritanya begini, pada hari sabtu lalu jiran saya telah mengadakan jamuan di rumahnya, so tengahari tu sibuklah aktiviti di rumahnya mungkin sanak saudara dia kut.. kemudian datanglah beberapa orang anak muda menghantar kerusi meja untuk diaturkan di anjung rumah jiran ni tadi. Saya pun buat seperti biasa mengemas rumah, sidai kain di ampaian tapi yang nak ditekankan di sini walaupun kerap jugak saya keluar masuk rumah tu tak adalah mulut-mulut manis yang menyapa jauh sekali untuk mengundang (tidaklah mengharap pun). Tak apelah mungkin itu pada firasat saya dia buat untuk keluarganya sahaja kut. So petang tu bermula aktiviti melayan tetamu di rumah jiran ni tadi. Saya biasalah buat tak tahu saja maklumlah dah orang tak jemput jauh sekalilah nak menghulur sekeping kuih (kalau ada) so saya buat tak kisahlah. Pintu rumah saya dibuka macam biasa tak sedap laaa pulak kalau tutup-tutup pintu, punyalah nak jaga hati jiran. Habislah story tu setakat tu ingatkan dah habis

Esoknya jam 10 pagi saya diberitahu oleh anak saya no 2 tu. "Umi org sebelah bagi kuih (puding jagung dan agar-agar buah) so saya cakap laaa ngan anak tadi letakkan sahaja lah kuih tu atas meja. Bukan saya jual mahal tak nak makan kuih tu. tapi hati saya tak berapa berkenan dengan sikap seperti itu.. ape tidaknya kuih yang sisa hari semalam jam 4.00 baru nak bagi kita jam 10:00 pagi keesokkan harinya. Untuk jadi tauladan kepada saya dan rakan-rakan sekalian saya pesan , janganlah dibuat perkara ini kepada orang lain.

pengajaran yang saya dapat ambil dari peristiwa tadi ialah:-

Hidup berjiran ni.. sepatutnya hendaklah bertegur sapa dengan jiran sebelah menyebelah(bak kata pepatah kenali jiran anda) yang tak sedapnya kita jer yang nak tegur dia dulu tak sedap jugak kan, sekali sekala tu biarlah dia pulak tanya khabar kat kita. Sebab apa-apa yang berlaku pada kita dirumah at least jiran boleh ambil tindakan segera..

Macam kes jiran tu tadi kalau setakat hulurkan kuih sepiring tak memberi impak yang besar pun pada majlis tu dan kalau nak bagi tu biarlah pada hari yang sama, kalau jauh tu lainlah kan ni pulak sebelah pintu. Kalau melibatkan pemberian bahan-bahan yang berbentuk makanan tu, janganlah kuih yang dah semalaman dah terlebih sisa-sisa tu baru la nak hulur kat jiran. Kita pun dah tawar hati nak makan. Akhirnya saya dan sekeluarga tidak sedikit pun menjamah kuih pemberian tersebut. Saya berpesan pada diri saya dan juga pada rakan-rakan sekalian perkara-perkara seperti itu dapatlah dibuat pengajaran kepada kita supaya tidak berulang kepada jiran sebelah menyebelah dimasa-masa akan datang.

Dan untuk menjaga hati jiran ni tadi at least biar dia terasa.... saya gorengkan pisang dan terus jer bagi kat dia yang masih panas tu.. itu kalau dia tak faham jugak entahlah. Lain kali nak bagi jiran tu biarlah fresh lagi rupa bahannya tu.

Thursday, July 06, 2006

Petikan hadis - 1

Dari Abu Malik al -Harits bin Ashim al- Asy'ari r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersuci adalah separuh keimanan dan Alhamdulillah itu memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah itu dapat memenuhi atau mengisi penuh apa-apa yang ada di antara langit-langit dan bumi. Solat adalah cahaya, sedekah adalah sebagai tanda - keimanan bagi yang memberikannya - sabar adalah merupakan cahaya pula, al-Quran adalah merupakan hujjah untuk kebahagiaanmu - jikalau mengikuti perintah-perintahnya dan menjauhi larangan-larangannya - dan dapat pula sebagai hujah atas kemalanganmu - jikalau tidak mengikuti perintah-perintahnya dan suka melanggar larangan-larangannya. Setiap orang itu berpagi-pagi maka ada yang menjual dirinya - kepada Allah - bererti ia memerdekakan dirinya sendiri - dari siksa Allah Ta'ala itu - dan ada yang merosakkan dirinya sendiri pula - kerana tidak menginginkan keredhaan Allah Ta'ala." (Riwayat Muslim)

Impian Terlaksana jua....

Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga impian untuk memiliki blog sendiri. Saya berbesar hati jika sekiranya ada yang sudi berkongsi maklumat atau ape juga bahan untuk dimuatkan di sini.