Wednesday, December 20, 2006

Kisah dari seribu kisah

Rasanya hari ini amat sesuai sekali untuk menyambung citer yang lalu, maklumlah kerja kat opis ni kalau dihujung-hujung tahun ni, aktivitinya mulalah berkurangan. Dikesempatan yang terluang ini saya nak bercerita tentang sebuah kisah rumahtanggan mungkin boleh dikongsi untuk dijadikan panduan dan pengajaran. kisah ini saya dengar dari seorang kawan, walaupun kami asalnya bukan kenalan rapat, tapi atas dasar simpati dari riak mukanya yang memerlukan rakan yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan yang terbuku, saya bersedia untuk mendengar dan membantu dari segi nasihat. (bukan kaunselor bertauliah pun- juga meminta pandangan dan nasihat orang yang lebih arif).
Kisahnya begini......, Perkahwinan yang terbina hampir berbelas tahun telah mula goyah apabila beliau mula terhidu akan ketidakjujuran suami terhadap rumahtangga. Saya sendiri pun terasa juga apabila diceritakan satu persatu detik mula api kemarahan beliau membara. Dipendekkan cerita kebajikan anak isteri telah mula terabai dengan tidak menyediakan bahan makanan secukupnya kerja2 rutin untuk membantu isteri telah ditinggalkannya, selalu keluar malam dengan alasan ada kerja diopis yang perlu diselesaikan dan ada ketikanya terus tidak pulang ke rumah.
Dan seperkara lagi yang membuatkan isteri makin tertekan apabila beliau mula perasaan suami mula ber'sms' secara sembunyi. si suami mula mengelabah (jadi tak tentu arah) jika isteri mendekati beliau yang pada ketika itu sedang bersms. Pada suatu hari isteri ini telah terlihat sms yang diterima dari makhluk Allah ini, kebetulan ditakdirkan Allah si suami meninggalkan h/p tersebut atas sebab untuk cas bateri. Dan pada ketika itu pulaklah insan ini telah hantar sms........ jeng..jeng..jeng telah terbacalah olehnya akan ayat-ayat pesanan tersebut.... perasaan marah mula meluap-luap. Oleh kerana sifat kesabaran beliau yang tinggi, telah mamatahkan api kemarahan tersebut untuk beliau berfikir dan bertindak lebih bijak, akhirnya beliau mendapat idea untuk menyamar dengan membalas sms itu. Beliau telah mencatat no h/p gadis berkenaan atas tujuan untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Dan dari situ bermulalaaa episod...... isteri ni tadi telah bertindak untuk membeli satu no telefon prabayar untuk tujuan menyamar untuk menggoda si gadis ni... keadaan ini berlanjutan untuk mendapatkan kepercayaan si gadis tersebut. Dalam pada itu si suaminya masih lagi berhubung dengan si gadis berkenaan. Saya dan juga beberapa orang rakan cuba juga membantu mendapatkan beberapa maklumat(amboi macam agen risikan pulak - tapi masa konflik ini berlaku keadaan ini memang cukup mencabar.. sebab ada ketikanya saya telah diganggu dengan panggilan telefon sewaktu di rumah, Tetapi atas arahan rakan jika nombor lain yang tidak tiada dalam list phone saya jangan jawab panggilan tersebut- kecuali jika sms) kalau anda dalam situasi tu... memang macam-macam perasaan yang timbul (takut, tragis, simpati, kelakar dan berbagai lagi)
Kalau nak huraikan satu persatu rentetan peristiwa tersebut memang banyak lagi kejadian yang berlaku. Atas nasihat rakan-rakan beliau telah cuba mendapatkan bantuan seorang ustaz yang berada di luar Kuala Lumpur.. untuk memulihkan semangat suami supaya tidak terpesong terlalu jauh akibat dari perkenalan dengan org ketiga. Ustaz tersebut telah memberitahu si isteri berkenaan supaya beliau banyakkan bersabar kerana suaminya ini telah dikenakan mungkin dalam bentuk makanan dan minuman sebab itulah ingatan beliau terhadap si gadis ini semakin hari semakin kuat. Atas arahan ustaz tersebut supaya isteri ini melakukan solat hajat dan solat taubat selain dari amalan sampingan yang perlu dilakukan....
Dan dengan rahmat dari Allah atas usaha yang dilakukan akhirnya si suami mula tersedar dari kesilapan besar yang dia telah lakukan. menurut ceritanya.. Si suami ini dengan secara tiba-tiba melutut di depan isteri merayu, menyesali atas segala perkara yang berlaku dan yang kelakarnya bila beliau sendiri meminta bantuan isterinya supaya menelefon gadis berkenaan supaya memutuskan perhubungan beliau dengannya (tidakkah aneh bunyinya tu.. pandai buat pandailah tanggungkan) tapi atas rasa kasihan belas, kasih dan sayang dan kesabaran seorang isteri terhadap suami akhirnya beliau menelefon gadis berkenaan dengan bercakap secara kasar serta mengugut untuk mengambil tindakan terhadap beliau jika masih lagi ada perasaan terhadaap suaminya.
Akibat dari peristiwa yang berlaku, walaupun si suami telah mengaku kesilapan tetapi hati isteri mana yang tak terhiris dan terluka. Kesan lukanya masih lagi berparut sukar di lupakan segala kejadian yang berlaku lebih-lebih lagi bila mengetahui banyak duit simpanan suami telah ditaburkan kepada gadis berkenaan.
Saya cuba ingatkan kepada diri saya dan sesiapa jua supaya setiap tindakan yang dilakukan perlulah berlandaskan kepada batas keimanan kembali ke jalan Allah jika mula merasa diri sudah tersimpang dari laluan yang digariskan. InsyaAllah hidup akan selamat diberkati dan dirahmati oleh Allah. Paling penting utamakanlah keluarga, jika ada masalah pada diri dan sesuatu yang perkara yang melibatkan keluarga mintalah bantuan mereka dengan berbincang untuk mencari penyelesaian.... walau se tinggi mana pun kita, walau se kecil mana pun kita .... kembalilah kepada keluarga. Keluarga adalah segala-galanya...

Thursday, December 14, 2006

Sembang-sembang

Sejak akhir-akhir ni kerap benar berlaku kes penceraian dikalangan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga...! Agak-agaknya lah apa penyebab keberantakan antara pasangan ini yang mana akhirnya terjadinya perpisahan (perceraian). Adakah mereka gemar dengan gelaran janda atau duda..?

Kadang-kadang tu terfikir juga bukankah terbinanya mahligai kehidupan mereka itu diputuskan atas dasar suka sama suka dan apatah lagi mereka melalui proses perkenalan dan percintaan..? cuba kita fikirkan bagaimana perkahwinan orang dulu-dulu atau lebih mudah dizaman ibu bapa kita dulu. Rasanya jodoh orang dulu-dulu diaturkan oleh keluarga dan anak-anak gadisnya pula tidak mudah untuk berjalan berpasangan dengan lelaki selagi belum diijabkabulkan..! percintaan mereka suci dan tidak tercemar dengan budaya yang menyesatkan. Adat dan adab sentiasa menjadi landasan dan pegangan mereka, malah mereka hanya lebih mengenali pasangan sesudah diijabkabulkan. Alangkah manisnya kehidupan mereka, seperti kata pepatah.....cinta setelah mendirikan rumahtangga adalah cinta yang suci yang lahir dari hati yang tulus ikhlas. Hidup dengan penuh kesyukuran dalam meniti arus kehidupan dari hari ke hari dengan diiringi tawa hilai anak anak-anak. Ya Allah .....! alangkah bahagianya kehidupan.. berpisah pun hanya kerana dijemput ilahi. Allah hu Akbar..!!!

Berbeza dengan pasangan dizaman sekarang.... tempoh percintaan makan bertahun-tahun dan kemudahan telekomunikasi yang semakin canggih memudahkan untuk berutusan khabar berita.... duduk berjauhan pun terasa seperti bertentang mata antara satu sama lain. Kata orang asal dengar suara pun jadilah sebagai pelepas rindu.. !! keluar dikhalayak berduaan tanpa ikatan, berpegang tangan tanpa segan silu dan ada segelintirnya melakukan lebih dari itu (faham sendirilah). Astaghfirullah..! mengapakah hukum tuhan dipermainkan, lemahnya iman muda-mudi zaman ini. Cubalah bandingkan percintaan dulu dan kini. Saya berpendapat faktor inilah merupakan penyebab mengapa perkahwinan pasangan muda berberantakan. Mungkin terlalu umum.. tetapi jika dihuraikan dengan lebih teliti kita dapat menilai dari setiap sudut.

Saya juga berpendapat kiranya perkara ini dapat dirujuk kepada mereka yang lebih arif seperti kounselor rumahtangga pastinya banyak fakta dapat dihuraikan dengan lebih teprinci dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan pasangan untuk jangka panjang.

Sebenarnya banyak lagi cerita yang telah saya dengar dari kawan-kawan mengenai kehidupan berumahtangga ni.. insyaAllah..! kalau ada kelapangan akan saya coretkan untuk dijadikan sebagai pengalaman, panduan dan tauladan untuk diri saya dan kepada sesiapa jua.

Monday, December 11, 2006

Persiapan Kembali ke Sekolah

Persiapan untuk kembali ke sekolah telah mula dilakukan sejak awal cuti sekolah penggal ke 3 bermula. semua di buat lebih awal bagi memastikan tidak ada satu pun keperluan anak-anak tertinggal untuk musim persekolahan akan datang.
Tahun ini jugalah anak yang ketiga (bongsu) mula memasuki tadika, rasa cepat benar masa berlalu, pejam celik dah 6 tahun umur Nur Liyana. Persiapan untuknya telah beres dari hal pakaian, peralatan dan juga yuran sekolah telah dibayar. Alhamdulillah beres untuk seorang anak. Manakala untuk yang 2 orang lagi masih belum di beres sepenuhnya sebab hal pembayaran yuran sekolah hanya akan dibuat setelah sesi persekolahan bermula.
Itulah dia kan pengorbanan Ibu bapa terhadap anak-anak. Kadang-kadang tu terfikir juga agaknya macamnilaaaa agaknya abah ngan mak pening kepala nak sekolahkan saya sejak dari tadika hinggalah ke tingkatan 6. berbagai persiapan dari bab membeli kain untuk dibuat pakaian seragam sekolah hinggalah peralatan persekolahan semuanya disediakan bagi memastikan anaknya dapat menikmati suasana pembelajaran dengan lebih selesa. Dan sekarang ini giliran saya pulak memikul tanggungjawab terhadap anak-anak.

Penggal persekolahan akan datang ni memberikan kelainan sedikit pada kedua orang anak-anak saya sebab tahun depan keduanya telah dilantik menjadi pengawas sekolah, maka persiapan dari segi pakaian tu memang terasa jugak sebab keduanya terpaksa memakai seragam baru dan terpaksa juga disediakan sebanyak 2 pasang setiap orang. Tapi tak apalah nasib baik jugaklah umi mereka ni boleh jahit sendiri. Tak apalah demi pembelajaran mereka biarlah disediakan mana yang termampu, umi doakan agar anak-anak umi berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan solehah dimasa akan datang.
Yang seronoknya bila dah nampak semua persiapan sekolah tu dah sedia, kepala pun tak serabut nak fikirkan kelengkapan anak-anak, kadang-kadang tu rasa excited jugak nak nengok anak-anak kembali berpakaian seragam sekolah.