Monday, August 21, 2006

Kisah Siti.... Bila penghujungnya..?

Rentetan dari kejayaan yang diraih satu persatu oleh Siti sejak beliau bergelar artis.., telah banyak cerita yang dipaparkan didada akhbar dan paling tidak pun pasti menjadi sisipan berita setiap hari. Jemukah kita mengikuti setiap berita yang dilaporkan mengenainya..? pokok pangkalnya itu terserah kepada peminat lebih-lebih lagi yang mana merupakan peminat fanatik Siti. Paparan berita mengenainya memang ditunggu dan dinanti manakala bagi orang yang memang tak ambil kisah mengenai cerita ini mereka rasa itu isu remeh sekadar memenuhkan ruangan akhbar, sehingga membawa rasa bosan dan mual dengan berita yang disajikan.

Bagi saya semua orang ada pendapat dan pandangan masing-masing, semua orang mempunyai hak. Mereka boleh berkata apa saja selagi nafas belum berhenti. Pada saya, Siti juga mempunyai hak dan bebas mengatur perjalanan hidupnya, cuma bezanya beliau telah mempunyai nama yang gah lagi dikenali. Selagi beliau menjaga tatasusila sebagai wanita timur selagi itulah dia akan disanjung. Saya percaya anda juga boleh saksikan bagaimana kesopanan itu dijaga dari awal kemunculannya hinggalah sekarang.

Sehinggalah berbagai gossip mengenainya dilemparkan satu persatu namun kepercayaan peminat terhadap beliau sukar digugat. Saya sendiri pun sukar percaya dengan gossip yang dilemparkan kepadanya. Namun begitu keyakinan saya terhadap Siti mula berubah apabila beliau dikatakan mempunyai hubungan dengan Datuk K itupun selepas pengumuman yang telah dibuatnya. Tetapi yakinlah kita hanya manusia biasa, sebagai masyarakat dan juga golongan peminat, nasihat dan pandangan telah suarakan supaya Siti buat keputusan yang terbaik bagi memilih pasangan hidup yang lebih sepadan dan kalau boleh yang sebaya dengannya.

Dan hari ini dunia telah menyaksikan bagaimana Siti telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya. Walaupun sukar diterima keputusan itu, Akhirnya insan yang bergelar Datuk K' telah berjaya menawan hati Siti sehingga saat indah itu telah dikongsi bersama peminatnya secara langsung disiarkan melalui saluran TV3. Saya masih lagi beranggapan ramai dikalangan masayarakat masih tak berpuashati dengan pilihannya. Lebih-lebih lagi ini melibatkan soal keluarga Datuk K sendiri yang berpecah belah angkara hubungan cinta ini (betulkan jika kenyataan ini silap).

Pada pendapat saya, selepas ini cerita mengenai kehidupan Siti akan sentiasa menjadi buruan peminat. Tapi apa yang saya ingin suarakan disini... cukuplaaah sekadar itu kisah hidup siti diperkatakan, dan saya menyeru pihak wartawan dan pencari berita buatlah sesuatu yang lebih bermakna kepada masyarakat di Malaysia, usahlah tertumpu kepada cerita Siti semata-mata. Biarlah dia melalui kehidupan itu dengan tenang tanpa gangguan dan buruan manusia.

Cukuplah dengan layanan yang diberikan kepada Siti semasa saat bahagianya itu...............

Wednesday, August 02, 2006

Kempen Derma Darah

Dalam hati takut juga sebenarnya, tapi atas niat hendak membantu insan yang memerlukan digagahkan jugalah diri untuk mendaftar sebagai penderma.

Sokongan rakan-rakan jugak memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat untuk menderma.

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul di stadium negara pada 11 April 2006.