Tuesday, October 31, 2006

Catatan - beraya di Kelantan

Alhamdulillah...! hari ni dah mula bertugas setelah bercuti selama seminggu. Seronoknyer bercuti.. rasa malas pulak nak masuk keje. Anak-anak pun merungut bila diberitahu "esok umi dah mula keje". Adik pulak siap .. mengeluh "alaaaaa cuti laaa umi.. ishh mana boleh cam tu... kalau selalu sangat bercuti nanti sape nak bagi gaji".

Walau apa pun keadaannya cuti raya yang lalu telah meninggalkan seribu kenangan suka dan duka. Berikut di coretkan sedikit catatan perjalanan dan pengalaman kami beraya di kampung (kelantan). Kami sekeluarga memulakan perjalanan pulang ke Kelantan pada hari Ahad lebih kurang jam 1:30 petang keadaan cuaca pada hari tersebut mendung dan sesekali gerimis. Setibanya kami melepasi sempadan gua musang hujan turun dengan lebatnya dan Alhamdulillah perjalanan dapat diteruskan walaupun pemanduan dalam keadaan perlahan. Kami sekeluarga telah berhenti si sebuah gerai di felda Chiku untuk berbuka puasa. Hujan masih turun dengan lebatnya sambil kami menikmati hidangan berbuka puasa. Selesai suami menunaikan solat maghrib kami meneruskan perjalanan dan hampir jam 10:30 malam kami sekeluarga selamat sampai. Sesampainya kami dirumah, mak mertua tengah sibuk membungkus pulut untuk di buat tapai. Oleh kerana anak yang kecil pulak buat hal mungkin sebab terlalu letih langsung saya pun tidurkan dia dan dengan saya sekali tidur hilang kisah nak tolong ibu mertua ku membungkus tapai.

Pada kesokkan harinya saya dan suami sejak awal lagi lebih kurang jam 7:00 pagi telah pergi ke pasar Pasir Puteh untuk membeli barang keperluan Dapur. Maklumlah balik sekali sekala kenalah gi membeli belah barang keperluan mana yang difikirkan sesuai untuk seisi keluarga. Lama jugalah saya di pekan pasir puteh tu maklumlah dari jam 7:00 pagi sampai jam 11:00 pagi baru balik. Tapi umat manusia punyalahhh ramai, sehinggakan nak park kereta pun payah pas tu yang peliknya ceruk mana kedai emas pun punyalah ramai manusia. kadang-kadang terfikir juga dalam hati banyak betul duit orang kelantan ni agaknya yaaa.. sampai kat kedai emas pun penuh sesak ngan manusia. Petang tu pulak aktiviti menyediakan ketupat palas pun bermula mak mertua sibuk menyediakan pulut sehinggalah ke proses membungkus ketupat tersebut. Saya juga mengambil peluang untuk belajar membungkus ketupat palas style Kelantan.

Malam raya kalau kat rumah mertua ni kurang sket meriahnyer dari segi aktiviti memasak di dapur maklumlah juadah seperti ketupat dah siap dibungkus sejak petang lagi, memang berbeza jugalah dengan sebelah johor malam raya penuh ngan aktiviti menyediakan juadah untuk esoknyer, seperti isi beras dalam kelongsong ketupat dan masak rendang kira proses kemeriahan berakhir hampir jam 1 atau 2 pagi.. baru meriah beb..untuk mengelakkan dari rasa bosan dan kurang kemeriahan nyer saya pun buat-buat menyibukkan diri di dapur seperti menyediakan rendang daging. Maklumlah perut saya ni memang tak tahan ngan bahan makanan dari pulut ni.. so nak tak nak terpaksalah bikin sendiri. so menu saya untuk pagi raya adalah nasi putih rendang daging dan sambal jawa.. walau nampak simple tapi bagi keluarga mertua juadah tersebut dianggap special laaa jugak.

Pada hari raya pertama biasalah mereka semua pergi sembahyang sunat Hari raya, balik dari masjid mereka pergi menziarahi pusara bapa mertua dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah. Saya tak dapat menyertai mereka, rasa macam tak seronok pulak maklumlah penyakit org perempuan. kira satu hari raya jadual ziarah rumah saudara mara pun padat laaa jugak sampai ke petang. Dan yang menarik perhatian saya adalah sikap bermurah hati mak mertua saya walaupun kanak-kanak melintas di hadapan rumah, akan dipanggilnya untuk disedekahkan duit raya. Walaupun agak pelik jugak tapi kalau dikaji balik amalan bersedekah ni bagus jugak, kemesraan kanak-kanak di kampung tersebut dengan mak mertua jelas kelihatan. Walaupun mak mertua bukan dikalangan org yang berada tapi boleh dikatakan rezeki beliau murah mungkin sifat beliau yang gemar bersedekah inilah menjadikan rezeki tu bertambah. Aminnn...!!

Oleh kerana puas beraya dan menjamah hidangan yang beranika jenis dan rupa maka biasalah perut ni pulak meragam. Kiranya pada hari raya kedua terperap ajerlah saya kat rumah.. dan berlanjutan hingga hari raya ketiga. Keluarga semua beraya di Bukit payung tinggal lah saya ngan anak adik ipar yang berusia 5 bulan di rumah. Perasaan dalam hati tu tuhan ajerlah yang tahu, takut ada maklumlah rumah kampung biasalah bila dah sunyi tak ada orang macam-macam bunyi yang terdengar, bunyi biji getah jatuh atas bumbung bunyi unggas lah ishhh memang menguji sungguh laaa hari tu. Tapi nasib baik jugalah mereka tu semua balik awal dibuatnya balik hingga ke malam jenuh jugalah menahan perasaan takut tu..

Pada hari jumaat iaitu pada hari raya keempat kami pun berkemas untuk pulang ke Kuala lumpur, dan akan singgah sebentar di rumah Pak cik di felda paloh 3. Kampung padang pak Amat Pasir Puteh Kelantan, kami tinggalkan pada jam 11:00 pagi dengan berbagai pengalaman suka dan duka. Kenderaan pada hari tersebut telah mula sibuk, sampai di Kuala kerai berlaku kesesakan sedikit. Sewaktu hampir sampai diFelda tersebut tiba-tiba ada suatu bunyi yang datang dari arah bahagian bawah belakang kereta. Setelah diperiksa kami meneruskan perjalanan ke rumah pak cik dan bunyi semakin kuat seolah-olah macam sesuatu nak patah. Tiba di rumah pak cik suami mendapati 'bearing pecah' beliau telah menelefon abangnya supaya menghantar alat ganti. Mujurlah suami tahu memasangkan sendiri. Nak tak nak terpaksalah bermalam dirumah pak cik. Kebetulan pulak di rumah Pak cik, mak mertuanya juga sakit jadi orang kampung tersebut datang menziarahi tak putus-putus sehingga malam, jadi pergerakan tu macam terhad la jugak maklumlah kampung orang, kenalah jaga tatasusila.

Pada kesokkan harinya lebih kurang jam 7:30 pagi kami mula bersiap untuk bertolak pulang Ke Kuala Lumpur. Sebelum tu kami telah dihidangkan dengan sarapan pagi iaitu air milo, pulut cicah kelapa parut dan ikan masin..(alamak...! memang saya tak boleh makan pulut bukan sombong tapi untuk mengelakkan dari perasaan bersalah dan demi untuk menjaga hati mak cik, saya jamah jugalah hidangan tersebut. Selesai makan dan kami bermaaf-maafan ngan semua ahli keluarga pakcik. Dalam perjalanan tersebut anak-anak pulak mengalami sakit perut dan saya sendiri pun rasa tak selesa, sampai di suatu tempat menjual akok (sejenis makanan masyarakat kelantan) tiba-tiba anak yang nombor 2 pulak telah memuntah segala isi perutnya habis satu badan penuh ngan muntah terpaksalah saya beli air mineral disitu untuk membersihkan dirinya dan tempat duduknya. Tak pernah pulak mereka muntah dalam perjalanan sebelum ni. Saya hanya mampu berserah pada Allah supaya dipermudahkan perjalanan kami dan semoga anak-anak tak meragam.

Melihatkan keadaan anak-anak yang semakin gelisah dalam kenderaan, kami memutuskan untuk berhenti di sebuah stesen minyak petronas tak perasan pulak nama tempat tu.. suami sempatlah tidur sekejap dan anak-anak dapatlah regangkan segala otot-ototnya dan perasaan tensionnya akibat dari perjalanan yang agak jauh. Adalah dalam lebih kurang 30 minit kami berehat di situ, melihatkan kenderaan semakin bertambah melalui laluan tersebut dan masuk ke stesen minyak tersebut saya menyuruh suami supaya memulakan perjalanan semula. Maklumlah bila orang dah ramai, mulalah rasa tak selesa. Perjalanan diteruskan hinggalah ke Bentong kami berhenti sekali lagi untuk berehat, maklumlah perjalanan dalam waktu tengahari memang agak panas sket. Perjalanan diteruskan lagi dan akhirnya Alhamdulillah kami sekeluarga sampai di rumah dengan selamatnya pada jam 2:00 petang.

Tuesday, October 17, 2006

Nak raya ker?

Tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan merayakan Eidul Fitri, berbagai persiapan dilakukan bagi menyambut ketibaan syawal. Namun apa yang dirasakan oleh diri saya sendiri kehadiran syawal pada tahun ini kurengggg... maklumlah tahun ini beraya di kampung suami yang terletak di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia (Kelantan) aduhhhhhh... bermacam perkara yang bermain di kotak fikiran saya ini.

Saya bukan tidak seronok untuk beraya dengan keluarga mertua, tetapi perjalanan yang memakan masa terlalu lama membuatkan saya bosan, rimas dan tak sukaaaaa. Penat tau duduk dalam kereta lama sangat...! Nak naik flight pun bukannya kita golongan berada. lainlah kalau tambang tu setakat 10 hinggit sorang.. boleh laaa. ini makan ratus-ratus.

Tapi yang buat saya lagi rasa bosan dan cemassss sangat bagi perjalanan pulang ke kampung suami pada tahun ini, adalah keadaan kereta yang tak berapa confident. Kalau nak huraikan satu persatu kang... saya jugak yang tak tau nak letak muka kat mana. Tapi cukuplah kalau saya katakan cemas dan tak confident, pandai-pandailah awk semua men"describe"kannya.

Walau apa pun anak-anak adalah orang yang paling seronok menanti ketibaan syawal ni, hari-hari dok merengek suruh umi dia buat biskut raya, tapi setakat ni umi pun dah berjaya menyediakan 3 jenis kuih raya hasil dari air tangan sendiri. Seronok juga buat biskut ni rupanya yaa, lebih-lebih lagi bila hasilnya menjadi, rangup dan rapuh bila dimasukkan ke mulut. Tapi nampaknya biskut raya yang ada kat rumah tu tak sempat sampai rayalaaa jawabnya kalau dok hari-hari lepas berbuka dok hadap dia aje.. mulanya nak di marahkan juga tapi terfikir jugak kanak-kanak apa yang dia tahu, bagi ajelahhh.. kalau disekat pulak kang terbantut pulak selera mereka. nak buatnya pun bukan nya susah.... habis buat lagi ye takkk..? benda mudahh. bahan-bahan semuanya ada lagi.. so kalau habis tak jadi masalah... itu bab biskut raya..

Bab baju raya ni pulak lagi satu masalah.. selagi tak siap baju raya diaorang selagi tu mereka dok merengek suruh siapkan. Alhamdulillah semuanya saya dah siapkan hari minggu hari tu.. lega rasanya dah tak ada nak fikir-fikir lagi masalah tu.. setakat baju kurung apa lah.. sangat kan...

So sekarang ni cuma nak kemas kan beg jer pulak... semua persiapan dah ada so nak pek jer yang makan masa sket. ini lagi satu masalah, bab nilah yang saya memang tak suka sesangat nak punggah baju, nak pilih baju suami, puteri yang 3 orang tu dan baju sendiri. pas tu nak simpan balik pun satu hal... Itulah salah satu tanggungjawab seorang yang bergelar ibu dan isteri redha ajerlaaa... nak tak nak pun terpaksa buat.. kalau ada maid atau robot yang boleh sediakan semuanya alangkah baiknya..

Tuesday, October 10, 2006

Hari sukaneka

Sebenarnya hari sukaneka telah pun diadakan pada 16 September 2006, oleh kerana gambar baru di proses beberapa hari lepas, dapatlah saya gunakan untuk memenuhi blog ini..
Walaupuan dibuat secara sederhana tetapi sungguh meriah... berbagai kategori permainan di aturkan bagi memberi peluang kepada semua staff dan ahli keluarga masing-masing menyertai permainan tersebut...Anak-anak juga turut seronok dari yang berumur dua bulan hinggalah belasan tahun turut sama-sama meriahkan suasana di pagi tersebut.. Gambar menunjukkan salah satu acara yang turut dipertandingkan iaitu acara mewarna kategori umur 5 dan 6 tahun..
Lihat tu aksi liyana sedang asyik mewarna. Nak suruh dia mulakan mewarna punyalah susah sebab dia ni pemalu sket pas tu tak bagi umi pergi jauh ... sib baik petugas yang memantau acara tersebut membenarkan saya duduk sebelah dia. sebab kesian kut.. tengokkan dia yang dah nak menangis.... Tapi yang best nyer acara bagi kanak-kanak semua nyer dapat hadiah.. yang kalah pun dapat laaa saguhati.. jadi tak lah berkecil hati dikalangan anak-anak yang tidak memenangi acara tersebut.... Dan yang ini pulak adalah acara minum air vitagen kategori kanak bawah 7 dan 8 tahun.. tapi gambar Izzah tak berapa jelas sebab terlindung dari abang yang berbaju biru... Kegembiraan kanak-kanak jelas tergambar di wajah mereka apabila dimaklumkan kalah dan menang semua dapat hadiah. Acara bagi kategori kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun ialah acara musical chair. Gelagat dia orang ni memang melucukan bila berebut kerusi. Nazira telah berusaha sedaya mungkin untuk meneruskan sehingga ke akhirnya telah kecundang kalau tak silap di pusingan yang ke enam.
Saya juga tak nak lepaskan peluang untuk menyertai salah satu acara yang disediakan iaitu mencucuk manik. Entah tangan siapa laa yang melindungi wajahku itu, ni yang tak best ni. Acara ni yang paling ramai dapat penyertaan apa tidaknya kerja mudah pas tu terpaksa dibuat 3 pusingan sebab nak bagi peluang semua merasa. Maklumlah hati tu berkobar-kobar dan bersemangat nak mencucuk manik ni... sehingga terketar-ketar tu yang buat terkantoi tu.. tak apelah tak ada rezeki tapi seronok jugak dapat sembang-sembang ngan dia orang yang masuk acara ni.... ..Yang ini pulak adalah acara makan buah epal. Seronok tengok dia orang terpaksa diikat tangan dan cuba makan epal yang diikat tu sampai habis.
Tapi nak buat macam mana, cik abang saya tu tak boleh meneruskan acara sebab rahang dia sakit.. kantoi jugak..Awal-awal lagi dah tewas.Tak apa adat permainan kan .... Sebenarnya banyak lagi acara yang dipertandingkan tapi saya highlightkan mana yang saya dan family sertai jer.. nama pun blog diri sendiri kan... bawah ni gambar anak (bertudung) dara saya yang dua orang tu siap pegang tiang lagi. Asyik sangat di tengok aksi pak cik tu makan buah epal. Dan tibalah kemuncak acara yang memang dinantikan oleh semua yang hadir, iaitu acara penyampaian hadiah dan cabutan "lucky draw" Dapatlah jugak "lucky draw"... Yang bestnyer tak perasan pun nama dipanggil sebab tak jangka nama pertama diumumkan. Masa tu pulak tengah sibuk menceduk lauk untuk anak-anak.

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak.

Wednesday, October 04, 2006

Kisah Duit Raya

Salam 12 Ramadhan... saya nak kongsikan kan citer ini untuk kita fikir-fikirkan ...

Cerita duit raya (ringkasan dari petikan artikel bertajuk: Ayah! Jom Pergi Rumah Tok Cik oleh Hafiz Firdaus Abdullah)

“Ayah! Jom pergi rumah Tok Cik”
“Nanti kita pergi, petang sikit” jawab Kamal kepada anaknya Nur Asyra
“Tak nak, pergi sekarang juga”, balas Nur Asyraf“
Kenapa?”, kata Kamal lagi
“Tok Cik…Tok Cik bagi duit raya.”

Apa yang diminta oleh anak Kamal adalah perkara lazim berlaku pada 1 Syawal setiap tahun. Duit Raya menjadi satu “syiar” sambutan Hari Raya di kalangan kita semua. Dalam artikel yang serba ringkas ini, penulis ingin mengajak para pembaca, khasnya ibu bapa, untuk merenung, memikir dan menganalisa sebentar fenomena ini.

Budaya Siapa?

Tolong betulkan jika salah, amalan memberi duit raya ini bukanlah dari ajaran Islam. Duit raya adalah budaya kaum Cina yg lazimnya mereka raikan pada sambutan Tahun Baru Cina. Budaya ini telah meresap dikalangan umat Islam di Malaysia sehingga diangap sebahagian daripada “syiar’ sambutan 1 Syawal. Pada waktu yg sama , “syiar” Islam yg asal dalam menyambut 1 syawal telah diketepikan atau diberi priority yang ke bawah.

Apa salahnya
, bukankah itu suatu yg baik?

Soalan diatas mungkin berlegar di fikiran sebahagian ibubapa, benarkah ianya suatu yang baik?
Terdapat dua faktor penting yg sama2 kita jadikan sumber pertimbangan.

PERTAMA
:

Saling beri hadiah memang merupakan suatu yg dianjurkan dalam Islam. Memberi hadiah dapat menjinakkan hati, menutup permusuhan dan menghubungkan silaturrahim. Tetapi, syaratnya, hadiah tersebut mesti diberi dengan ikhlas sekadar mampu.

Adakah memberi duit raya termasuk hadiah yg ikhlas dan sekadar mampu?

Sila perhatikan poin-poin berikut :Sebahagian ibubapa memberi duit raya kerana membalas tindakan ibubapa lain yg memberi duit raya kepada anak mereka. Jika mereka tidak membalas, maka dibimbangi ibubapa lain akan kecil hati, maka sedar atau tidak, tindakan saling memberi duit raya tidak lahir kerana keikhlasan tetapi kerana terpaksa.
Kadar duit raya yg diberikan lazimnya diukur berdasarkan kadar duit raya yg diterima. Contoh: Lima ringgit selalunya dibalas dengan lima ringgit. Kita ketahui bahawa keikhlasan dalam memberi ialah ia tidak diukur dgn apa2 skala yg telah ditetapkan. Jika pemberian adalah berdasarkan skala ukuran tertentu, maka ia mencemari keikhlasan tersebut.

Pada suasana sekarang, kadar duit raya tidak lagi sekadar wang logam/ syiling tetapi wang kertas. Ini tentu membebankan sesetengah ibubapa dimana mereka terpaksa menyediakan sejumlah wang dalam belanjawan mereka untuk “dihadiahkan” kepada anak2 buah, anak2 jiran, anak2 rakan dan sbgainya.

Ibubapa juga terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan wang tersebut dlm kertas yg baru dalam pecahan tertentu di bank2. Kadang kala ada ibubapa yang beratur panjang dan mengambil masa pejabat dalam melakukannya. Dalam Islam, tidak boleh melakukan amal yg sunat dgn mengabaikan amal yg wajib. Memberi duit raya sebagai hadiah yg ikhlas adalah amalan sunat tetapi bekerja di pejabat adalah amanah yg wajib.

Empat poin-poin diatas dapat menjawab persoalan samada duit raya adalah satu hadiah yg ikhlas dan berdasarkan kemampuan. Penulis yakin, setiap ibubapa yg berlainan akan memberi jawapan yg berlainan. Yg penting, harap jawapan itu adalah ikhlas untuk diri sendiri.
Walaubagaimanapun, tidak semua ibubapa seperti diatas. Ada yang memberi duit raya dengan ikhlas. Oleh itu, tak wujud salah faham bahawa penulis menkategorikan semua ibubapa dalam kumpulan yg sama.

KEDUA

Kebaikan duit raya akan berubah menjadi buruk dalam sedar atau tidak. Duit raya mendidik anak2 menjadi seorang yg materialistik. Kegembiraan mereka menyambut 1 Syawal lebih tertumpu kepada duit raya yg bakal diperolehi. Mereka memilih rumah mana yang patut diziarahi berdasarkan kadar duit raya yg bakal diperolehi. Mereka memilih kasih di antara ahli keluarga dan sanak saudara berdasarkan jumlah duit raya yg diberikan.

Malah sesetengah anak2 memberitahu ibubapa mereka bhw mereka keluar berhari raya dgn rakan2. tetapi mereka kadang2 bukan keluar berhari raya tetapi menjadi peminta sedekah. Mereka bersama rakan2 pergi rumah ke rumah sambil melaungkan “ Assalamualaikum” . Yang diharapkan bukanlah sekadar “Walaikumsalam” tetapi diiringi sampul yg memiliki duit raya di dalamnya.

Jika begitu, anak2 nak berhari raya dgn apa?
Jika persoalan di atas timbul dari kalangan ibubapa maka jelas duit raya telah menenggelamkan “syiar” Islam yg terkandung dlm sambutan 1 syawal. Sudah tiba masanya ibubapa memikirkan tindak tanduk mereka selama ini dlm bab sambutan 1 Syawal dan kaitannya dgn duit raya.

Apakah tujuan sebenar tulisan ini?
Seperti yg disebutkan pada bahagian permulaan, artikel ini mengajak para pembaca sekalian, khasnya para ibubapa, utk merenung, memikir dan menganalisa satu amalan yg sekian lama telah menjadi kebiasaan.

Baik atau buruk amalan memberi duit raya terserah kepada ibubapa. Yg merasakan ia baik, maka teruskan, yg merasakan tak baik, tinggalkan. Mungkin diantara kita ada perbezaan tetapi penulis percaya ibubapa bersikap terbuka dalam menghadapi perbezaan ini.Walaubagaimanapun, sambil kita fikir & menganalisa baik atau tidak amalan duit raya, terdapat amalan yg kita tidak akan berbeza iaitu memberi sedekah kepada anak-anak yatim (1), keluarga-keluarga miskin (2), orang-orang yg hilang upaya dan sebagainya.Inilah orang-orang yg sepanjang tahun makanan & minuman mereka hanyalah sekadar nasi dan kicap cair yg telah dicairkan. Pakaian mereka hari ini adalah apa yg mereka pakai semalam, malah mungkin juga merupakan apa yg mereka pakai sejak bertahun-tahun sebelumnya. Mereka tidur bertilamkan lantai yg sejuk atau tanah yg berdebu. Mereka tidak berteduh daripada terik matahari melainkan turut serta merasai kepanasannya kerana hanya berbumbungkan kepingan zink. Mereka tidak berlindung daripada hujan yg lebat melainkan turut serta merasai tempiasnya kerana kepingan zink telah berkarat.

Demikian halnya dlm pelbagai sudut lain dlm kehidupan mereka.Merekalah orang2 yg memerlukan duit raya. Atau dlm istilah yg lebih tepat, sedekah. Diantara syiar utama sambutan 1 Syawal ialah umat Islam tidak kira yg bernasib baik atau kurang bernasib baik, sama2 dapat menyambut dengan meriah. Tidak ada kemungkinan bg orang2 yg kurang bernasib baik utk menyambut 1 Syawal melainkan kita membantu mereka. Jika selama ini kita menyediakan belanjawan tertentu utk duit raya, maka pastikan tahun ini dan tahun2 akan datang kita juga menyediakan belanjawan yg khas utk mereka. Ini kerana terhadap orang2 ini, tidak timbul sama ada amalan memberi duit raya adalah baik atau tidak. Tidak wujud penganalisaan melainkan pemberian.

Memberikan sedekah adalah mudah, sekadar pergi ke ATM atau menulis cek. Akan tetapi ada sesuatu perkara tambahan yg pada satu sudut mungkin sukar tetapi dari sudut yg lain besar manafaatnya. Apabila hendak menyampaikan sedekah, pastikan kita sendiri yg pergi ke rumah org miskin, rumah anak yatim dan rumah orang hilang upaya. Kemudian – dan inilah yg menyukarkan – bawa sama anak2 kita ke rumah2 tersebut. Membawa anak2 akan memberi mereka satu pengalaman yg baru, justeru satu pendidikan yg tiada tandingannya.Dgn membawa anak2, kita dapat mendidik mereka utk bersyukur atas apa yg mereka nikmati selama ini, sedar bhw wujud satu golongan masyarakat yg tidak bernasib dgn mereka, prihatin kpd golongan tersebut & akhirnya, menimbulkan rasa kasih sayang & ingin membantu golongan tersebut. Biarlah mereka saling bersalaman & berkenalan dgn golongan yg kurang bernasib baik itu. Malah, biarlah mereka yg menyampaikan duit yg ingin kita sedekahkan. Semua inilah akan menjadi satu pendidikan & pengalaman yg merupakan sebaik-baik “duit raya” utk anak2 kita sendiri.

Nota Kaki: Dalil tuntutan memberi bantuan/infak kepada anak yatim & orang miskin seperti dibawah:

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yg harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaklah diperuntukan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yg kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. ( Al –Baqarah/2: 215)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a dari Rasullulah Saw: Beliau bersabda, maksudnya, “Orang yg membantu janda dan orang miskin, seperti pahala pejuang di jalan Allah.” Aku kira beliau bersabda, “ Dan seperti orang yg beribadah semalam suntuk, dan seperti orang yg berpuasa terus menerus.” (8: 221 – Sahih Muslim)

Sunday, October 01, 2006

7 Ramadhan meninggalkan satu kenangan

hmmm alahaiii..! pejam celik dah masuk 9 hari kita berpuasa. Syukur ke atas nikmat yang dikurnia Allah SWT. Ramadhan pada tahun ini juga nampaknya puteri-puteri yang dua orang tu masih lagi mempertahankan puasa mereka. Along dan angah masing-masing berlumba-lumba untuk melakukan ibadat puasa walaupun sekali sekala ada juga terdengar keluhan yang terkeluar dari mulut mereka. Sifat fitrah anak-anak, ibu bapa jugalah yang terpaksa memberi dorongan dan sokongan supaya meneruskan hingga waktu berbuka.

Mengimbas kenangan pada 7 ramadhan yang lalu, kami sekeluarga telah terlepas untuk bersahur, sedar-sedar jam dah pukul 6:30 pagi. Aduhhh rasa bersalah pun ada, ape tidaknya "alarm" dah pun berbunyi jam 4:45 pagi tapi disebabkan ada ruang waktu, kononnya nak baring kejap, tapi dalam masa berbaring itulaaa pulak mata ni terlelap semula... nah...! sedar-sedar dah pukul 6:30 apa lagi.... buat tak tau ajelaaa.. nak buat macam mana masa berlalu .. bukan boleh di ulang semula. Dengan perasaan bersalah dikejutkan lah anak-anak dan suami untuk menunaikan solat subuh... mula-mula tu takut jugak laaa kut suami dan anak-anak ni meradang.. tapi Alhamdulillah mereka semua dapat terima alasan tersebut dan dapat menerima seadanya...

Melihatkan anak-anak yang berpuasa tanpa bersahur, kesian pun ada tapi terpaksa jugak laa, control supaya mereka dapat meneruskan puasa pada hari tersebut. Adik pun berkali-kali mintak berbuka sebab dia kata tadi adik tak sahur, so dengan kata-kata semangat yang diberikan alhamdulillah adik dapat meneruskan puasa. Amin ya Allah, saya juga terpaksa laa mengambil hati mereka semua dengan menyediakan juadah yang boleh dianggap istimewa pada hari tersebut. Tapi nak jadikan cerita mujurlaaa pada hari tersebut saya telah diberi rehat oleh Allah dari melakukan ibadah puasa (biasalah org pompuan)... jadinya peluang tu saya ambil untuk menyediakan juadah yang istimewa.

Menu disediakan adalah Air sirap bandung, Sup tulang, bihun sup, puding jagung, adalah juga pemberian dari jiran yang berupa lauk pauk iaitu kailan goreng ikan masin, tomyam, ikan siakap masak 3 rasa... rezeki Allah bagi kadang-kadang kita tak duga. Hah sekali terhidang mak oiiii penuh satu meja.. Itulah dia, walaupun kita tak bersahur tapi niat tu ikhlas kerana Allah, jadi rezeki tu datang berganda. AMIN .. Syukur Alhamdulillah.

Adik yang 5 tahun pulak cuba juga diajar puasa.. tapi masih lagi belum berjaya sampai ke waktu berbuka, setakat hari ni adik dapat bertahan paling lama pun pukul 1:00 petang, maklumlah usia dalam tempoh percubaan lagi tu. Dugaan berpuasa dengan melayan kerenah anak-anak ni memang la bermacam ragam. Ape tidaknya nak memujuk untuk meneruskan puasa satu hal, nak memilih menu pun satu hal, nak membangunkan mereka waktu bersahur pun satu hal. Walau apa keadaan sekalipun, ramadhan bersama mereka memang seronok dan menghiburkan. Waktu paling seronok melihat mereka adalah ketika menjamah hidangan berbuka.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan
menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim
- Petikan Hadis Riwayat Muslim