Tuesday, December 16, 2008

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.
Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.
Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.
Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


Sementara empat perkara di akhirat ialah:


a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.
Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur.. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-
“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -
1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“
"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu

p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, November 17, 2008

Hari Keluarga IKIM.... 2008

Alhamdulillah tahun ini hari keluarga kelab IKIM telah diadakan pada 15 - 16 November 2008 bertempat di Le Paris Hotel & Resort, Port Dickson. Ramai jugak penyertaan dari ahli kelab, memang menyeronokkan selain dari aktiviti yang disediakan kali ini lebih santai sedikit berbanding dari tahun sebelumnya.

Kami bertolak dari rumah hampir jam 12 tengahari, mujur jugak perjalanan pada hari tersebut redup, jadinya selesalah duduk dalam kereta walaupun tengahari. Sampai di hotel berkenaan hampir jam 2.00 petang setelah tersesat mencari lokasi sebenar seperti yang tertera didalam peta yang dilampirkan...



Tahun ini saya tidak langsung menyertai aktiviti yang dipertandingkan memandangkan ada anak yang kecil (Insyirah) yang baru berusia 10 bulanyang memerlukan perhatian yang lebih, jadi kurang sket ler nak join kengkawan. Seperti anak-anak yang 3 orang tu memang seronok sakan ler dia orang maklumlah dapat join aktiviti dan menang.


Seperti biasa tahun ni menambah lagi koleksi barangan elektrik (dapat cabutan bertuah). cabutan kali kedua dapat lagi .. hamper.. ish memang bertuah betul laaa tahun ni... Alhamdulillah... Dan yang paling seronok adalah aktiviti terjun kolam.. apa lagi....layannnnnnnnn.

Wednesday, October 08, 2008

Beraya di wad kanak-kanak HKL

Alhamdulillah kami sekeluarga telah meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini di kampung suami di negeri Kelantan. Sambutan pun dibuat secara sederhana.... janji celebrate.. sempatlah beraya di rumah sedara mara disana. Raya ketiga kami semua bertolak pulang ke Kuala lumpur.


Dalam perjalanan balik tu pulak baby pulak kena demam. memang suhu badan dia panas sangat dan muntah pulak. kesian jugaklah tengok keadaan dia pada masa tu. Hari sabtu terus bawa dia jumpa doktor pakar kanak-kanak. Doktor pun kata suhu dia memang tinggi terus masuk ubat ikut dubur. Tak lama lepas tu kebahlah sket demam dia.. Ingatkan dah makin kurang petang tu suapkan pulak ubat demam yang dibekalkan. Sebelah malam panas badan dia makin meningkat walaupun sudah di suap ubat.. melihatkan keadaan dia ketika itu memang tak sampai hati. esok pagi-pagi lagi suami bawa gi hospital Kuala Lumpur... memandangkan suhu badan dia memang naik pada ketika itu terus di arahkan masuk ke wad kanak-kanak.



Alhamdulillah di wad tersebut insyirah dipantau suhu badannya dan dimasukkan antibiotik ikut salur darah, dibahagian kaki. memang puashatilah jugak layanan yang diberikan oleh kakitangan wad KK1 institut Pediatrik Kuala Lumpur. Duduk kat wad tu 3 hari 2 malam, di wad tu rupa-rupanya ramai kanak-kanak dan baby yang kena demam.

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya.............

Alhamdulillah... bulan ramadhan telah hampir ke penghujungnya.. mudah-mudahan amal ibadah yang dilaksanakan pada bulan ini diberkati dan dirahmati oleh Allah hendaknya....

Ramadhan tahun ini juga genaplah setahun aruah abah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Kerinduan terhadap aruah abah memang dapat dirasakan dan boleh dikatakan ada masanya air mata mengalir bilamana secara tiba-tiba teringat akan saat-saat manis bersama keluarga lebih-lebih aruah abah yang memang riuh rendah dengan senda guraunya... teringat saya pada syawal tahun 2005 iaitu giliran saya beraya bersama keluarga di muar, baru jer sampai kat rumah, aruah abah dah minta mak keluarkan baju yang dibelikan untuk cucu-cucunya dia nak tengok muat ke tidak saiz yang dibelinya...anak-anak pun apa lagi dapat baju baru memang lah suka dan2 tu jugaklah diaorg test... aruah pun memang seronok sangat bila yang dibeli tu memang sesuai untuk cucu2 dia... baju itu jugaklah saya suruh anak-anak jaga elok-elok dan itulah baju kenangan terakhir aruah atuk abah yang belikan. "Ya Allah tempatkan rohnya di kalangan org-org yang mulia disisi MU".

Tahun ini jugak adalah giliran saya beraya bersama keluarga mertua di Kelantan...insyaallah saya dan keluarga akan memulakan perjalanan ke kampung pada 30 September 2008. Mohon dipermudahkan perjalanan kami sekeluarga untuk pulang ke Kelantan... "Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku."

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan atas segala kesalahan kepada semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Semoga hubungan persahabatan yang terjalin akan menjadi bertambah erat dan sentiasa di rahmati. akhir kata "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN."

Tuesday, August 19, 2008

JAWAPAN ALLAH KEPADA APA YANG TERJADI!

Mudah-mudahan dengan ini, dapatlah diberi semangat dan kekuatan dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar demi mencari keredhaannya.

YA ALLAH! KENAPA SEMUA INI TERJADI PADA AKU?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-

YA ALLAH! KENAPA BERAT SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya. "
-Surah Al-Baqarah ayat 286-

YA ALLAH! TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNANYA LAGI.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139-

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12-

YA ALLAH! BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI SEGALANYA INI?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45-

YA ALLAH! APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111-

YA ALLAH! KEPADA SIAPA UNTUK AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
-Surah At-Taubah ayat 129-

YA ALLAH! BERIMANKAH AKU?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.?
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH.

Tuesday, August 12, 2008

Mahu kongsi ilmu dengan kawan-kawan

Saya telah terbaca buku tulisan seorang jutawan internet termuda di malaysia.. banyak tips dan panduan yang diberikan dalam buku yang dihasilkan. pada pendapat saya memang sungguh berbaloi jika anda mendapatkan senaskhah untuk simpanan, bukan untuk promosi tapi untuk berkongsi. sebab saya rasa ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dapat dikongsikan kepada semua.

Sekiranya anda ingin mendapatkan senaskhah buku terbitan beliau sila link di sini Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet

Tuesday, August 05, 2008

Besar dah anak umi....

Perasaan terharu bila melihat hasil kerja anak sulung saya dalam menguruskan rumah sewaktu ketiadaan saya. Nak jugak berkongsi citer ni ngan rakan-rakan yang akan menempuh situasi begini suatu masa nanti. Nur Nazira umur 11 tahun (anak sulung panggil ira jer) ... sewaktu balik dari tempat kerja hari tu saya terkejut jugak tengok keadaan rumah yang sangat bersih dan teratur lebih-lebih bila memikirkan sewaktu saya tinggalkan rumah untuk ke tempat kerja memang tak sempat nak kemas maklumlah kelam kabut dengan siapkan adik lagi.... maka terdetiklah dalam hati penatlah balik keje ni nanti rumah tunggang langgang tak sempat nak kemas.

Saya pasrahkan ajerlah keadaan rumah yang macam tongkang pecah tu... memang tak sempat betul nak kemaskan. masa kat opis pun terfikir jugak ishhh balik ni mesti penat dengan kerenah anak lagi dengan keadaan rumah lagi... namun keje kat opis ni mesti dibuat dan diteruskan... mana boleh nak dicampur adukkan bab personal dgn keje yer tak..?

Alangkah terkejut nyer saya bila balik rumah saya dapati keadaan luar dan dalam rumah tersusun rapi dan pinggan mangkuk kat dapur pun dah siap susun kat tempat yang sepatutnya, lantai rumah bersih memang terharu sangat....... saya agak terkejut jugak pada mulanya memang betul tak sangka dia boleh kemas rumah yang pada pandangan saya hanya org dewasa saja yang mampu menguruskannya.. lantas saya peluk anak sulung saya dan ucapkan terima kasih kerana telah membantu umi dan seterusnya saya bagi kata-kata semangat kat dia. Mudah-mudahan amalan yang ditunjukkan itu menjadi contoh yang baik buat adik-adik.


Kadang-kadang terfikir jugak betul kata orang-orang tua, anak-anak kalau kita latih dari kecil dia senang ikut... Saya dapat rasakan sekarang ni banyak dah perkara-perkara kat rumah tu dibantu oleh anak terutamanya ira dan izzah. Dia orang ni dah pandai gosok baju sekolah sendiri dah senang lah sket, dah dah pandai masak... setakat air , nasi. telur goreng dan roti bakar tu kira dah expert ...

Semoga anak-anak umi akan sentiasa bersikap ingin membantu dan mudah-mudahan berterusan hingga dewasa kelak.... aminnn

Wednesday, July 02, 2008

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga....

Belum pun sebulan insiden kemalangan kereta, sekali lagi musibah yang lain pula melanda....

pada 1 Julai 2008 kereta nissan (kereta lama kegunaan suami untuk mengangkut barang kerjanya) didapati hilang (kecurian).

Sudahlah kereta yang kemalangan tempohari tak boleh claim insurans... frust gilerrrrr. Mengikut kata tokeh bengkel tersebut... polis hanya keluarkan satu saman. Memang ternyata kereta polis yang bersalah so.. kereta lain yang terlibat tak boleh ler claim insurans. Entahler saya pun tak berapa faham situasi tersebut... Kalau begitu apalah gunanya insurans dibayar tiap kali kita perbaharui cukai jalan kalau tiba masa kita perlukan tak boleh pulak digunakan. Siap dia kata lagi kalau nak tunggu gantirugi daripada kerajaan pun makan dekat 4 @ 5 tahun jugak.


Dari penilaian yang dibuat kos penyelenggaraan kereta tersebut mungkin dalam 5 ribu... Mak oiiiii mahalnyerrr... kalau begitu tak apalah. Nak tak nak terpaksa juga baiki.

Berbalik kereta nissan yang hilang tadi.... memang saya double frust dahlah kereta tu jer yang ada. senang nak bergerak ke sana kemari walaupun nampak buruk tapi berjasa jugak. ingatkan kalau kereta buruk tu tak ada orang yang minat. alih-alih ada pulak mala'un yang berminat, suami saya hanya dapat kata "redha ajerlah ... ni semua ujian dari Allah mungkin Dia nak ganti yang lebih baik."

Benda-benda ni jugak ler kalau saya nak kaitkan .. inilah kesan akibat taraf hidup yang meningkat. Orang yang nak duit cara mudah .. timbullah benda-benda macam ni.. kecurian dan sebagainya... Gerammmmm

"YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA HAMBAMU INI."

Monday, June 23, 2008

Tragedi 22 Jun 2008

Pada 22 Jun 2008, kami sekeluarga telah bertolak ke balik ke kelantan atas urusan keluarga mertua. Perjalanan kami bermula pada jam 3:30 petang. Sepanjang perjalanan keadaan cuaca hujan adakala lebat dan renyai-renyai. Kami sempat singgah untuk berehat di hentian rehat (R&R) di kawasan Benta Pahang. Sempatlah bagi makan kat anak yang kecil waktu tu jam lebih kurang 6:00 petang.
Setelah selesai memberi anak makan dan anak yang sulung sempatlah beli roti untuk bekal sepanjang perjalanan nanti (budak-budak biasalah tak sah kalau tak beli "jajan"), kami pun bergerak meninggalkan kawasan rehat tersebut. Cuaca pada ketika itu masih lagi hujan, dan selepas kereta kami melewati Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan kereta kami telah terlibat dalam satu kemalangan. Alhamdulillah kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan cuma terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Alhamdulillah dan syukur pada Allah sebelum kejadian berlaku saya sempat meletakkan anak yang kecil untuk duduk bersama kakaknya di belakang kalau baby pada ketika itu berada dipangkuan saya mungkin dia terhantuk kat dashboard dan tak taulah apa akan jadi. Anak-anak semuanya terkejut dan semuanya menangis saya dan suami pun mujur juga tak panik sempatlah tenangkan anak-anak supaya mereka bertenang dan istighfar jer.
kejadian tersebut berpunca apabila sebuah kereta Polis cuba memotong di double line, pada ketika itu kereta iswara dihadapan kami telah melanggar kereta polis tersebut, manakala suami saya cuba untuk mengelak dari merempuh iswara tersebut tetapi iswara itu telah berpusing dan kereta kami telah melanggar belakang kereta iswara tersebut dan sekali lagi kereta kami bahagian belakang turut dirempuh oleh kereta wira.
Setelah selesai statement diambil oleh anggota polis yang bertugas kami telah diarahkan ke balai polis yang berhampiran iaitu dibandar Kuala Lipis. Alhamdulillah juga kereta masih lagi boleh bergerak. Saya dan anak-anak terpaksa menunggu di balai polis bandar Kuala Lipis sehingga jam 10:30 malam sementara menanti anak saudara dari KL sampai untuk mengambil kami disitu. Perjalanan balik ke Kelantan terpaksa dibatalkan.

Friday, June 13, 2008

Nak Beli Rumah + tanah

Sebenarnya dah lama berhasrat untuk memiliki rumah sendiri. Tapi dari sehari ke sehari memandangkan ongkosnya tidak mencukupi dan harga rumah semakin lama semakin naik hasrat terbantut disitu sahaja.

Tapi baru-baru ni adalah pi tgk sebuah rumah kampung, harganya pun bolehlah tahan jugak. Rumah kampung... biasalah rumah papan. Macam berkenan aje sebab kawasan rumah tu luas jugak.. boleh ler bercucuk tanam.

Kalau ada sape-sape yang boleh bagi pendapat tentang rumah ni dialu-alukan.... harga yang ditawarkan RM145,000.00 letaknya di kg Melayu Rawang selangor.

Sekarang ni rumah ni disewakan ...tuan empunya duduk kawasan lain.. Sebab berminat sangat dengan rumah ni.. kawasan yang luas dan kemudahan seperti masjid, sekolah semuanyer dekat.

Tuesday, May 27, 2008

Program Hari Keluarga

Pada 17 Mei 2008 kami telah mengikuti konvoi program hari keluarga bertempat di Balok Beach di Kuantan Pahang. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah meninggalkan seribu kenangan manis bagi kami sekeluarga.

sempat lagi bersantai di tepi pantai.. suasana yang sungguh nyaman....


Di sana kami menginap di Fantasia resort, dan aktiviti bermula sebelah malamnya dengan majlis kenduri yang di sponsor oleh Encik Rahim. Manakala sebelah petang keesokkannya pula telah bermula dengan aktiviti sukaneka bagi merapatkan hubungan antara keluarga yang hadir pada program tersebut.

Dan yang paling seronok tentulah kanak-kanak kerana menang atau kalah semuanya mendapat hadiah.

Hakikatnya program ini memang menyeronokkan kerana aktivitinya adalah lebih santai berbanding dengan program yang pernah saya hadiri sebelum ini. Manakala pada malam terakhir program tersebut kami semua telah dihidangkan dengan barbeque yang disediakan oleh pihak resort berkenaan. Apalagi semua balun cukup-cukup sampai tak sedar anak tertidur dipangkuan. Tapi yang tak bestnyer majlis ini tak dapat dirakamkan sebab kamera tertinggal dalam bilik, so tak adalaaa gambar yang dapat di kongsikan.


Dan bagi acara yang dinantikan iaitu lucky draw.... semua anak-anak memang bertuah nama mereka semua disebut sampaikan baby pun dapat jugak.. memang bertuah sungguh anak-anak pada malam tersebut dan inilah antara hadiah yang diperolehi.. hehehe banyakkan...


Monday, May 12, 2008

kad ucapan sempena hari ibu

kad ucapan yang diterima sempena hari ibu, hasil kreativiti anak-anak. tak sangka pulak dua beradik ni buat surprise pulak kat umi....

terima kasih buat buah hati umi yang tersayang ira dan izzah....

Friday, April 18, 2008

Bila Malaikat Maut Datang...

Saya rasa elok juga dikongsi email yang saya perolehi. semoga dapat menginsafi diri kita dalam menempuh hari-hari yang mendatang...

BILA MAUT DATANG MENDADAK-BIMBANG RASANYA ..
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allahjadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami .keduaibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yangtelah meninggal dunia" luv ..wardah as sakinah


BILA MAUT DATANG MENDADAK.... ... Aku bimbang ..sangat bimbang .. Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ............ ...... apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKON G PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.

Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang..imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..hilangla h aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !

WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarangTinggalkanlah padang bola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi kemasjid
seperti oranglain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

Tuesday, April 01, 2008

wajah-wajah yang memberi seribu ketenangan...

Inilah dia gambar si kecil Nurul Insyirah nama diberi, Alhamdulillah sekarang ni tubuh dia pun dah semakin berisi. Wajah redupnya memberikan seribu ketenangan......

Ini adalah anak yang ketiga Nur Liyana, orang yang paling gembira bila dapat adik... sibuk sangat tiap kali adik nak dimandikan.
Bertubuh kecil, kadang-kadang kasihan jugak melihatkan dia. Masa baru-baru masuk sekolah kerap sangat dibuli rakan, menangis botol air pecah sebab kena baling ngan kawan.
Alhamdulillah sekarang ni dah ok sket, kawan usik jer report kat cikgu (manjalah pulak).

Insyaallah semoga yana menjadi anak yang solehah dan bersemangat.

Sunday, March 16, 2008

Ahli baru.....

Lama sudah tidak meninggalkan jejak di sini..... ni baru nak story sket, maklumlah selepas pemergian aruah abah ke rahmatullah, saya sudah kekurangan idea untuk dicurahkan di blog ni... lagipun masa tu saya mengalami alahan dan beberapa komplikasi sewaktu mengandung, rasa macam tak larat sangat.

Alhamdulillah pembuka tirai 2008, iaitu pada 5 Januari saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Memang terasa perbezaan dan pengalaman dari yang lepas-lepas... tempoh 17 jam menahan kesakitan, bukannya satu tempoh yang singkat... maklumlaaa dah lama sangat kut. Namun begitu saya bersyukur sangat-sangat iaitu sewaktu kelahiran anak ini, saya telah mendapat layanan yang baik oleh staf di wad bersalin HKL. Hospital bersalin HKL memang dah jauh lebih baik, banyak perbezaan laaa. Kalau bersalin anak yang terdahulu suami tidak dibenarkan berada disisi isteri disaat melahirkan, tapi alhamdulillah sekarang mereka telah membenarkan suami berada di sisi isteri (pada saya kehadiran suami disisi amat penting disaat begini terutamanya untuk memberi sokongan dan semangat pada isteri selain dapat mengurangkan rasa sakit). Selain daripada itu mereka dapat melihat proses kelahiran tersebut... (at least biar dia beringat sket.. hehehe).

Tempoh berpantang pun kali ni semuanya di Kuala Lumpur, lagipun anak-anak semua dah bersekolah. Jadi serba sedikit belajar laaa berdikari. Saat inilah yang saya paling sayu, maklumlah bersalin anak yang sebelum ni semua nya berpantang di kampung dan orang yang paling mengambil berat adalah aruah abah. Susah payah dia bagi memastikan kita berpantang dalam keadaan selesa memang dapat dirasakan. Kalau dulu dia yang pastikan bidan dan rempah ratus (jamu) dah dibooking awal-awal, kiranya segala keperluan tu memang tak payah nak risau. lagi satu yang paling saya terasa sangat-sangat dengan abah dulu celik aje mata dia dah panaskan batu tungku pas tu siap hantar kat katil, lagi satu dia jerangkan air mandian dengan campuran daun-daun. Pas tu kalau time makan ubat especially jamu, dia make sure saya habiskan, siap dia tunggu saya minum (inilah kenangan yang paling tidak dapat saya lupa). Bila dah bela sendiri buat tak kisah jer bertungku pun sekejap tu pun lepas mandi.

Alhamdulillah juga, seminggu lepas bersalin, emak dan adik beradik yang lain pun datang ziarah. maklumlah masing-masing pun sibuk maklumlah awal tahun. Emak pun Alhamdulillah di anugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik, dapatlah dia menjaga saya selama 3 minggu. Alhamdulillah anak pun tak adalah meragam sangat masa dalam pantang. Mungkin sesuai nama yang dipilih (Nurul Insyirah - Cahaya Ketenangan/kegembiraan). Kakak dialah orang yang paling excited sekali, masing-masing sibuk nak mengadap adik dan kalau dibiarkan mau aje diangkat, ditimang-timang aje adik dia tu. Cuma sekarang ni saje baru saya benarkan dia angkat adiknya tu sebab otot dia dah kuat sket.