Monday, June 23, 2008

Tragedi 22 Jun 2008

Pada 22 Jun 2008, kami sekeluarga telah bertolak ke balik ke kelantan atas urusan keluarga mertua. Perjalanan kami bermula pada jam 3:30 petang. Sepanjang perjalanan keadaan cuaca hujan adakala lebat dan renyai-renyai. Kami sempat singgah untuk berehat di hentian rehat (R&R) di kawasan Benta Pahang. Sempatlah bagi makan kat anak yang kecil waktu tu jam lebih kurang 6:00 petang.
Setelah selesai memberi anak makan dan anak yang sulung sempatlah beli roti untuk bekal sepanjang perjalanan nanti (budak-budak biasalah tak sah kalau tak beli "jajan"), kami pun bergerak meninggalkan kawasan rehat tersebut. Cuaca pada ketika itu masih lagi hujan, dan selepas kereta kami melewati Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan kereta kami telah terlibat dalam satu kemalangan. Alhamdulillah kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan cuma terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Alhamdulillah dan syukur pada Allah sebelum kejadian berlaku saya sempat meletakkan anak yang kecil untuk duduk bersama kakaknya di belakang kalau baby pada ketika itu berada dipangkuan saya mungkin dia terhantuk kat dashboard dan tak taulah apa akan jadi. Anak-anak semuanya terkejut dan semuanya menangis saya dan suami pun mujur juga tak panik sempatlah tenangkan anak-anak supaya mereka bertenang dan istighfar jer.
kejadian tersebut berpunca apabila sebuah kereta Polis cuba memotong di double line, pada ketika itu kereta iswara dihadapan kami telah melanggar kereta polis tersebut, manakala suami saya cuba untuk mengelak dari merempuh iswara tersebut tetapi iswara itu telah berpusing dan kereta kami telah melanggar belakang kereta iswara tersebut dan sekali lagi kereta kami bahagian belakang turut dirempuh oleh kereta wira.
Setelah selesai statement diambil oleh anggota polis yang bertugas kami telah diarahkan ke balai polis yang berhampiran iaitu dibandar Kuala Lipis. Alhamdulillah juga kereta masih lagi boleh bergerak. Saya dan anak-anak terpaksa menunggu di balai polis bandar Kuala Lipis sehingga jam 10:30 malam sementara menanti anak saudara dari KL sampai untuk mengambil kami disitu. Perjalanan balik ke Kelantan terpaksa dibatalkan.

Friday, June 13, 2008

Nak Beli Rumah + tanah

Sebenarnya dah lama berhasrat untuk memiliki rumah sendiri. Tapi dari sehari ke sehari memandangkan ongkosnya tidak mencukupi dan harga rumah semakin lama semakin naik hasrat terbantut disitu sahaja.

Tapi baru-baru ni adalah pi tgk sebuah rumah kampung, harganya pun bolehlah tahan jugak. Rumah kampung... biasalah rumah papan. Macam berkenan aje sebab kawasan rumah tu luas jugak.. boleh ler bercucuk tanam.

Kalau ada sape-sape yang boleh bagi pendapat tentang rumah ni dialu-alukan.... harga yang ditawarkan RM145,000.00 letaknya di kg Melayu Rawang selangor.

Sekarang ni rumah ni disewakan ...tuan empunya duduk kawasan lain.. Sebab berminat sangat dengan rumah ni.. kawasan yang luas dan kemudahan seperti masjid, sekolah semuanyer dekat.