Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya.............

Alhamdulillah... bulan ramadhan telah hampir ke penghujungnya.. mudah-mudahan amal ibadah yang dilaksanakan pada bulan ini diberkati dan dirahmati oleh Allah hendaknya....

Ramadhan tahun ini juga genaplah setahun aruah abah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Kerinduan terhadap aruah abah memang dapat dirasakan dan boleh dikatakan ada masanya air mata mengalir bilamana secara tiba-tiba teringat akan saat-saat manis bersama keluarga lebih-lebih aruah abah yang memang riuh rendah dengan senda guraunya... teringat saya pada syawal tahun 2005 iaitu giliran saya beraya bersama keluarga di muar, baru jer sampai kat rumah, aruah abah dah minta mak keluarkan baju yang dibelikan untuk cucu-cucunya dia nak tengok muat ke tidak saiz yang dibelinya...anak-anak pun apa lagi dapat baju baru memang lah suka dan2 tu jugaklah diaorg test... aruah pun memang seronok sangat bila yang dibeli tu memang sesuai untuk cucu2 dia... baju itu jugaklah saya suruh anak-anak jaga elok-elok dan itulah baju kenangan terakhir aruah atuk abah yang belikan. "Ya Allah tempatkan rohnya di kalangan org-org yang mulia disisi MU".

Tahun ini jugak adalah giliran saya beraya bersama keluarga mertua di Kelantan...insyaallah saya dan keluarga akan memulakan perjalanan ke kampung pada 30 September 2008. Mohon dipermudahkan perjalanan kami sekeluarga untuk pulang ke Kelantan... "Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku."

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan atas segala kesalahan kepada semua rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Semoga hubungan persahabatan yang terjalin akan menjadi bertambah erat dan sentiasa di rahmati. akhir kata "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN."