Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya maaf zahir dan batin

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini hampir melabuhkan tirai..... semoga ibadah puasa kita akan mendapat keberkatan dan amalan baik yang dilakukan di sepanjang bulan ini akan berterusan hendaknya di masa-masa akan datang...


Hari Raya tahun ni pula giliran saya pulak beraya bersama keluarga di Muar... alhamduillah, rasa seronok sangat...persiapan raya tahun ni alhamdulillah semuanya dah settle awal-awal. Cuma untuk kuih muih aje lah yang masih tak tersenarai lagi.. sape nak sponser ekkssss... anak dah mula merengek suruh buat kuih raya... macam tak sempat laaa, malas pun yer.. tak per nampaknya beli ajelaaaa... sebelum ini eksyen sangat tak nak order kuih muih kat opis ni, nak buat sendiri kononnyer... last-last satu apa pun tak jadi... tak per nanti kita carilah yang tunjuk ajelaaa yer...asal ada.


Selain daripada itu bulan ramadhan tahun ni saya telah menerima berbagai ujian dan cabaran.. antaranya ialah saya telah mendapat surat pertukaran ke unit Kewangan pada awal Oktober ini.
macam-macam perkara terjadi .. yang mana bos saya sekarang ni puas sudah untuk memujuk pengarah pentadbiran agar tidak menukarkan saya memandangkan pengalaman kerja yang saya ada... manakala bakal bos saya di unit kewangan masih nak pertahankan agar saya ditempatkan diunitnya...walau apa pun saya terima semua ni sebagai cabaran dan semoga saya dapat berkhidmat dengan lebih baik walau di mana saya ditempatkan.

Wednesday, August 05, 2009

Penularan Wabak H1N1

Semenjak wabak ini mula menular di negara ini, saya dapat merasakan kebimbangan terutama sekali untuk bergerak bebas ke mana-mana terutamanya tempat-tempat yang menjadi tumpuan masyarakat umum seperti di kompleks membeli-belah, pasar awam, taman-taman rekreasi dan sebagainya.

Sebelum ini anak-anak saya baru saja sembuh dari demam, selsema dan batuk. Keadaan mereka yang batuk agak teruk dan berlarutan membuatkan saya bertambah bimbang dan bermacam-macam andaian yang bermain di minda saya. Pada awalnya saya telah membawa mereka ke klinik biasa yang berhampiran dengan kawasan perumahan tersebut tetapi memandangkan keadaan semakin berlarutan dan saya nekad untuk membawa anak-anak saya disalah sebuah klinik pakar kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera.

Setelah doktor memberikan rawatan yang sebaiknya dan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang sesuai, saya rasa lega dengan perkembangan positif, penyakit pun dah mula berkurangan dan sehingga ke hari ini alhamdulillah dengan izin Allah saya yakin mereka telah pulih sepenuhnya.

Sunday, June 21, 2009

Ziarah keluarga kakak di Johor Bahru

Pada hari Khamis 18 hb Jun 2009 saya telah menerima satu panggilan telefon dari kakak yg mengatakan suami kak Halina telah meninggal dunia pagi tadi. Saya pun telefon suami bagitau ...memandangkan perjalanan ke Johor Bahru agak jauh dan saya ambil keputusan untuk ziarah mereka pada hari esok. Maklumlah ngan anak sekolah dan masih ada kerja yang belum selesai, kalau berebut-rebut pergi pun belum tentu dapat sampai sebelum jenazah dikebumikan lagipun suami pun tak pasti arah jalan ke sana.

Pada hari Jumaat seawal jam 4.00 pagi saya telah bangun untuk kemaskan rumah dan barang-barang yang mana perlu untuk dibawa ke Johor. Dan untuk siapkan anak-anak yang akan ke sekolah. Jam 8:00 pagi saya call emak di Muar untuk memberitahu bahawa saya akan ke Johor manalah tau kalau dia nak ikut sekali ke sana. Saya dan suami mengambil keputusan supaya anak yang sulung dan yang kedua tidak ikut kami kesana memandangkan mereka ada aktiviti di sekolah. Kami berpesan dengan jiran dan juga kepada pengasuh anak supaya jenguk-jengukkan anak kami yang tinggal. setelah semuanya beres kami meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur pada jam kurang lebih jam 10.30 pagi dan memandangkan emak tidak dapat turut serta kami terus sahaja melalui lebuhraya sehingga ke Johor Bahru dan sampai di sana lebih kurang jam 2 petang.

Kami berehat seketika di rumah kakak di Bandar Baru Uda sementara menunggu mereka membawa kami menunjukkan arah jalan ke rumah kakak Halina. lebih kurang jam 3.00 petang kami pun bergerak ke rumah kakak di Plentong dan sampai disana lebih kurang setengah jam kemudian. Suasana masih lagi bersedih, terutama kakak dan anak-anak beliau yang masih lagi sugul. Menurut kata kakak, suaminya telah mengalami penyakit kencing manis agak lama, tapi aruah tidak mahu mendapatkan rawatan secara berkala di pusat kesihatan yang berhampiran... sampailah di satu ketika penyakit tersebut telah melarat dan sebahagian dari kaki aruah terpaksa di buang kerana telah mengalami komplikasi. Menurut kata kakak lagi setelah aruah menjalani pembedahan (lebih kurang 15 hari selepas pembedahan) keadaan menjadi semakin kritikal sampailah doktor memaklumkan terdapat kuman dalam darah beliau seterusnya mengakibatkan jangkitan pada paru-paru.

Beliau telah ditempatkan di wad ICU hospital di Johor Bahru semalaman dan menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 8 pagi pada hari Khamis 18 Jun 2009 pada usia 51 tahun. Aruah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak, empatnya daripadanya masih lagi bersekolah antara tingkatan 6 dan darjah 1. Manakalah anak yang sulung baru saja bekerja.

Semoga kak Halina dianugerahkan semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan dan juga anak-anak beliau diberi ketabahan dan kekuatan serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Monday, June 01, 2009

Kunjungan Abang Ipar sekeluarga

Hari Ahad jam 11:30 malam saya telah dikunjungi oleh abang ipar dan keluarganya yang datang dari kelantan... amboiiiiii buat kejutan laaa pulak...Sebenarnya mereka pun tak rancang nak singgah ke rumah... kebetulan hari Ahad tu dia dan keluarganya hantar anak ke UPSI di Tanjung Malim...mungkin dah terlanjur ke Tanjung Malim tu dia nekad nak terus ke Kuala Lumpur...
Dah sampai pun malam tak laratlah pulak nak memasak bagai.. maklumlah dalam mood tidur masa tu.. dia orang pun dah letih agaknya .. saya pun buat air teh o panas dan biskut buat alas perut.. katanya dah makan kat luar... sib baikkk. lepas minum dia orang mandi dan terus tidurrrr.

So pagi isnin tu jam 6 pagi acara pun bermula dimana sesi menyediakan juadah. Menu utama tentulah sediakan mereka dengan hidangan yang berat sket. Nasib baik jugalah dah cuti sekolah... jadi tak adalah berebut sangat untuk siapkan anak-anak. Oleh kerana tetamu dari jauh bertandang kat rumah saya pun nekadlah jugak untuk ambil cuti kecemasan..hehehehe... bukan apa saya tak sampai hati bila orang jauh datang kat rumah, kita tinggalkan dia org pulak


lepas jer siapkan juadah kita orang breakfast bersama-sama sambil berbual-bual rupa-rupanya dah nak balik hari ni jugak... alamak aiiiii awalnya dia orang ni.. kakak ipar pula berhasrat nak ajak beli kain langsir . So saya pun mulakan langkah.... dengan memasak juadah tengahari... sebab jap lagi nak bawa kakak ipar ke KL untuk beli langsir .... dengan pantasnya jam 10:00 siap proses memasak dan bersiap ke Jalan TAR. Mula-mula kami masuk ke nagoya survey harga dulu.... lepas tu masuk kamdar... masih tak berkenan dan akhirnya pergi ke Jakel.. alhamdulillah sib baik masa dari pemantauan harga yang kami buat kat Jakel tengah buat sale... dan terus ajelah beli kat situ jer... harga pun jauh lebih murah dari tempat yang telah kami kunjungi sebelum ni.


Selesai membeli kami pun terus balik sebab dah tak larat nak bawa barang2 yang berat tu... so tahan teksi jerlah kena tambang dalam RM11.00. Kakak ipar nampak puashati dah dapat apa yang dia nak. sampai rumah duduk kejap hidangkan dia orang juadah tengahari.. dan lepas tu kemaskan baju anak-anak dan suami yang akan turut sama balik ke Kelantan.. Suami nak try rawat tangan anak sulung dengan perubatan tradisional di Kelantan.. so yang ikut balik ke sana ialah anak yang sulung dan anak yang ketiga. Manakala anak yang kedua dan keempat tinggal ngan saya diKL.


Selesai solat zohor mereka semua pun bersiap untuk bertolak ke Kelantan... jam 3 lebih barulah dia org bertolak dengan berkonvoi... Walaupun terasa juga laaa letihnya tapi saya rasa puas hati dapat beri layanan yang sebaiknya kepada mereka.

Friday, May 29, 2009

Selesai urusan penukaran hak milik rumah

Alhamdulillah proses penukaran pemilikan rumah yang diduduki sekarang telah selesai. Hari ini termaktub sudah dalam perjanjian di atas kertas... rumah yang kami duduki sekarang telah menjadi milik saya dan suami. Setelah hampir 8 bulan proses tersebut berjalan akhirnya selesai juga. Dan mulai dari hari ini saya dan suami akan berurusan dengan pihak bank pada setiap bulan bagi melangsaikan hutang rumah pula.
Sebenarnya bukan mudah untuk saya mendapatkan status penukaran pemilikan tersebut. Banyak dugaan yang terpaksa dilalui, bila diteliti semula banyak lah perkara-perkara yang kita sendiri tidak sedar. Percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNYA.... Dan hari ini saya boleh menarik nafas lega bila satu urusan tersebut telah selesai.
Bersyukur sangat atas segala nikmat yang dikurniakan olehNYA.

Wednesday, May 06, 2009

Gambar - ketika di KLIA (Dalam ingatan)

Gambar ini diambil sewaktu emak dan aruah abah pergi menunaikan umrah pada tahun 2002. Masa ini kita orang tengah duduk lepak-lepak kat KLIA untuk menunggu masa penerbangan mereka ke tanah suci.

Mereka berdua pergi melalui pakej tabung haji.... ini adalah kali kedua mereka pergi menunaikan umrah setelah Fardhu haji dilaksanakan iaitu pada tahun 1986. Alhamdulillah ke atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Alhamdulillah juga kerana pemergian mereka ke sana dipermudahkan selain dari nikmat kesihatan yang dianugerahi. Mudah-mudahan dipanjangkan juga kepada anak-anak yang masih belum berkesempatan lagi ni...


Sebenarnya tengah bosan tahap gaban ni.... tu yang selak-selak gambar lama... tetiba terjumpa pulak ler gambar lama ni... tu yang teringat nak abadikan gambar ni dalam blog...
Sambil-sambil tu sedekahkanlah fatihah ke atas roh aruah abah...

Thursday, March 12, 2009

Terkenang masa dulu-dulu

Pejam celik ..... terasa cepat benar masa berlalu, rasanya kalau boleh ditahan-tahan putaran masa dari terus beredar... hendak sangat lah kalau berada dialam persekolahan.. bukannya apa, keseronokkan di alam persekolahan lain dari yang kita tempuhi sekarang ini.

Antaranya tak fikir pun tentang masalah ekonomi dan persekitaran semasa, tau-tau mak dan abah bagi duit belanja ... dan tau-tau ada aje makanan yang tersedia bila balik rumah... ish memang seronok sangat. Tak terikat sangat nak urus rumah suka hati kalau nak kemas rumah, basuh baju, menyapu sampah... dan sebagainya. kalau tak buat pun.... mak, sure akan buat.. hehehe. tapi sekarang ni.. memang terasa.. berkejar-kejar ... tanggungjawab kat rumah lagi kat opis lagi.. mak oi kalau bukan difikir dengan akal yang waras mau aje terjun gaung(tapi takkan dibuat kut).. hehehe mati sia-sia tu..

Berbalik pada cerita zaman persekolahan dulu... bangun pagi memang selalu berperang, ingat lagi masa tu dah sekolah menengah abah ngan mak dah kejut awal agaknya banyak kali juga dia ketuk pintu bilik bila dipanggil sedar dan menyahut yeeee nak bangunlah ni.. tapi keluarnya tidak.. maklumlah sayang sangat nak tinggal kan tempat tidur tu.. pagi oooo sejuk, suasana kat kampung tau ajelah sejuk tu macam mana.. abah pi gendang pintu siap cakap jap lagi tak bangun pecah jugak pintu ni kang... pas tu masih terngiang-ngiang lagi suara mereka mereka berleter kat dapur sambil menyediakan sarapan. Nak dijadikan cerita ingatkan abah ngan mak akan kejut lagi nanti.. sempat lagi sambung tidur... tiba-tiba tersedar sebab macam silau ada cahaya terang menembusi tingkap ... ehhh tak leh jadi ni.. sekali pi bukak pintu bilik dan tengok jam rupanya dah pukul lapan pagi.... ha apa lagi bingkas bangun abah berleter.. punyalah marah tak leh nak digambarkan macam mana. Dia paksa lagi suruh jugak pi sekolah.. lewat ke hapa ker kena juga pi sekolah.. ha hambik kau .....sampai sekolah orang dah start belajar ishhhh malu sangat... sejak hari tu... memang ambik iktibarlah jugak tak mau bangun lewat tapi sekali sekala terjadi jugak namun taklah seteruk kisah yang ni...

Satu lagi yang saya teringat masa zaman persekolahan dulu.. biasalah budak perempuankan (datang bulan) ... yang bestnya abah siap masak nasi tu untuk anak dia ni... huiii cayalah lauk tu memang dah sedia ada dilebihkan masa mak ngan abah bersahur... kalau lauk habis pun paling tidak dia gorengkan telur.. memang best.. maklumlah tinggal kita bertiga aje kat rumah lagipun abg2 dan kakak2 semua dah berkeluarga dan dah tinggal berasingan cuma ada seorang abng yang masih belajar di politeknik kuantan masa tu... layanan yang diberi oleh mak ngan abah masa tu memang first class..bayangkan masa kita buat puasa ganti .. abah siap tanya nak makan apa berbuka puasa nanti... huh.

Dan paling seronok bila ketika keluarga semua berkumpul, masa tu memang riuh rendah rumah, Anak-anak sedara semuanya kecik-kecik lagi, memang seronoklah diajak bermain. Tapi kini semua dah berubah... bak kata pepatah dalam iklan pun zaman dah berubah dunia dah maju...sekarang semua terletak di atas tanggungjawab sendiri... ada anak-anak yang dianugerahkan dan besar amanah yang mesti dipikul.

Dulu, tak kisah pun apa pengorbanan mak dan abah... tapi bila saya duduk sorang2 melayan perasan ni.. baru saya dapat gambaran betapa pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan memang tidak ternilai dengan wang ringgit. Tiap yang di tegur dan sekali-sekala diherdik dirotan semuanya adalah untuk kebaikkan kita pada hari ini....

Thursday, February 19, 2009

Program Bulan Dakwah Kebangsaan

Hari ini saya telah turut serta menghadiri program Bulan Dakwah kebangsaan bertempat di PICC Putra Jaya. Jam 7.00 pagi lagi dah sampai kat opis.. ngan anak-anak semua kena kerah bangun awal bersiap sebab umi mesti nak ada kat opis kul 7 pagi, sebab ikut jadual .. bas akan bertolak jam 7 pagi. Tapi bila sampai opis ramai yang masih belum sampai lagi.. itulah dia masalah yang belum selesai.. menunggu sorang-sorang sampai bilangan menepati sasaran akhirnya bas pun bergerak jam 7:30 pagi.

Kalau nak diikutkan nama saya memang tak terkecuali dari program yang lepas-lepas ... kenapa ekkkssss. Kang kalau engkar perintah kena tindakan pulak... baiklah jadi orang yang menurut perintah .... sampai kat PICC jam 8:15 pagi terus masuk dewan dapat door gift acara bermula jam 9:30 pagi.. orang yang hadir pun boleh tahan jugak ramainya. Yang bestnya dapat nengok persembahan amy search dan rabbani, Ogy Ahmad Daud... oklah


selesai sahaja program kami terus keluar dan melawat pameran yang disediakan dan yang paling syoknya masa nak balik tu tak sangka ada pula jamuan makan tengahari.. amboiiii memang bagus sangatlah tu... orang tengah lapar maklumlah dari pagi belum breakfast, ha apa lagi... balun ajerlah... mujur masa kami masuk kat tempat makan tu lum ramai lagi org ... tempat pun banyak....haaaa layaaannnnnn.


Yang paling tak bestnya sebab terlupa bawa kamera, jadi tak boleh mengabadikan kenangan semasa program tu berlangsung...

Monday, February 09, 2009

Kejadian Tragis 9 Februari 2009

Semalam satu kejadian yang tragis telah berlaku di kawasan perumahan saya. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 6 petang dalam keadaan cuaca hujan. Saya dan anak-anak seperti biasa hanya duduk di rumah sambil membuat aktiviti santai....tiba-tiba terdengar siren polis masuk ke kawasan perumahan.. mulanya macam tak kisah sebabnya sebelum ni ada juga kejadian lain yang berlaku di kawasan rumah pangsa tak berapa jauh dari tempat saya duduk ni...

Tidak berapa lama kemudian ada rakan anak saya telefon, katanya ada orang kena bunuh kat kedai seven E, saya pun mulalah nak menyebok... nak tau detail kenapa... katanya ada org kena tetak pas tu ada polis datang tengah ambik statement, mak dia siap pergi kat tempat tu nak tgk. Saya kata tak apa kejap lagi ayah mesti dapat cerita tu..tapi sebenarnya bimbang jugak sebab petang-petang macam ni dia org selalu lepak kat warung tu minum sambil sembang-sembang ngan kengkawan...issshhhhhhhh minta disimpangkan perkara2 macam tu.

Tapi kalau nak tau cerita lanjut dalam metro ada disiarkan berita tersebut klik disini yer http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090210092707/Article/index_html

Monday, February 02, 2009

Coretan Januari 2009

Banyak perkara yang berlaku yang belum sempat dicoretkan... suka duka, pahit manis kehidupan semuanya telah dirasai. Mungkin ini yang dikatakan cabaran dan dugaan dalam kehidupan untuk menjadikan seseorang semakin matang seiring dengan usia yang dilalui....


Bukan apa.. saja jer sebenarnya kekadang tu bila sesuatu berlaku pada diri kita.. baru kita tersentak dan tersedar. Seolah-olah sesuatu yang berlaku itu mengingatkan kita supaya lebih berwaspada dan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan. Kadang-kadang bila kita terlalu baik dengan seseorang tidak disangka orang akan mengambil kesempatan terhadap diri kita. Seperti kata peribahasa di telan mati mak di luah mati bapak... serba salah dibuatnya... Cukuplah kalau saya katakan buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.. mungkin atas dunia ni mereka terlepas. kita hanya mampu berdoa dan biarlah dia menerima balasan atas apa yang dilakukan. OKlah biarlah itu menjadi memori dalam hidup saya..


Minggu lepas 25 Januari 2009 kami sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri kahwin di pahang... jengka 17. Memang bagus sungguhlah layanan yang diberikan. Balik dari kenduri tersebut kami sekeluarga telah meneruskan perjalanan ke bandar kuantan untuk menemui seorang rakan..Maklumlah pergi pun hari cuti jadi banyaklah kedai yang tutup..tapi tak apa bukan shopping matlamat perjalanan kami pun... cuma nak jumpa rakan suami maklumlah ada urusan sambil-sambil tu pulak nak cuba rawatan tradisional untuk tangan anak sulung saya tu.. selagi ada peluang dan ruang saya akan cuba berikan yang terbaik untuk anak-anak. Kasihan juga dengan kakak - Nur Nazira (anak sulung saya) tahun ini dia akan mengambil peperiksaan UPSR..bimbang akan mengganggu pembelajarannya pulak. Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur Jam 7.00 malam dan sampai pada jam 10:00malam. sampai dirumah, masih sempat lagi menghadiri kenduri tahlil di rumah jiran. rezeki kami agaknya semasa sampai tu sedang elok para jemputan sedang makan .. alhamdulillah masih ada kesempatan untuk makan free lagi malam tu...


Nak dijadikan cerita pulak pada 26Januari 2009 sebelah petang ... saya pun teragaklah nak menggoreng keropok lekor yang dibeli dengan kawan kat opis ni... mula menggoreng tu success aje sempat lagi merasa.. memang sedap sungguh keropok tu .. kemudian saya teruskan gorengan yang terakhir... konon nak bagi garing sket.. apalagi keropok yang dalam kuali tu pulak tiba-tiba meletup saya pun cuba untuk menyaring keropok ke dalam tapis apalagi letupan tersebut mengakibatkan percikan minyak yang terlalu banyak sehingga habis terkena muka, leher dan tangan saya.... Allahu Akbar! memang tak berbaloi rasanya... saya masa tu tengah panik terus ambil air basuh tempat yang terkena .... lepas tu try letak minyak gamat dia punya pedih tu .. siapa yang pernah kena taulah kesakitan tu macam mana kan... esoknya memang teruk lah kesan tersebut... hari Rabunya pulak terpaksa pergi kerja.... alamakkkkk sampai kat opis jadi bahan soal siasat.. saya hanya mampu kata... cuti 4 hari ni saya pergi ke GAZA... menolong rakyat palastine..... tu yang terkena serpihannyer ....agaknya bagaimana lah mangsa-mangsa yang telah tercedera tu yer...? kita yang kena tak seberapa ni rasa sakit tu memang tak tertanggung rasanya apatahlah mereka dan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa.. YA Allah Selamatkan Mereka Dari Kekejaman ISRAEL Laknat....!!!!


Seterusnya pada 31 Januari 2009 sekali lagi saya menghadiri majlis kenduri kawin di Batu Pahat.. sampai pun masa tu dah kul 1:30 tengahari sedang elok lah perut pun tengah lapar ... sampai saja salam sedara mara dan terus aje lah menikmati jamuan yang disediakan... kesan percikan minyak panas dimuka masih ketara lagi dan seperti biasa kena jawab pertanyaan dari saudara mara.. penatlah nak bercerita.. tapi tak apa .. mereka berhak untuk tahu.. sekurang-kurangnya mereka perihatin...hehehe. Sempatlah singgah jenguk emak dan bermalam dirumah. Memang seronok maklumlah dah lama tak balik kampung... dapat cuti panjang ni apalagi ... layannnnn... Gambar tak sempat nak upload ... mungkin lain kalilah yer..

Sunday, January 11, 2009

Ulangtahun Pertama Nurul Insyirah....

Selamat tinggal 2008.... kini masuk tahun baru 2009 rasa cepat benar masa berlalu dan Alhamdulillah sekarang ni Insyirah dah pun berusia setahun... ...perangai pun dah macam-macam dahhhhh...lagi banyak benda yang dia suka explore sejak pandai berjalan ni... so tumpuan kepadanya terpaksa lebih sket.. sebab tempat kegemarannya adalah tangga dan bilik air... adoiii.. pernah sekali kami terleka akibat terlalu asyik menonton tv.. sedar-sedar dia sedang elok aje duduk dalam bilik air....nak dijadikan cerita dalam bilik air tu baru je ditadah air dalam satu besen besar.. maklumlah sejak 2 menjak ni bekalan air selalu terganggu... mujur jugaklah dia tak terjun dalam besen... memang masa tu air penuh dalam besen tu...Alhamdulillah belum nak berlaku sesuatu yang malang...


Aksi budak kecik nik.... dah terlalu geram sangat sampai alas teko pun dia nak makan..... satu yang amat kakak-kakak dia paling tak suka ialah..... sangat suka gigit orang.... bila org leka sket mulalah dia mengigit.. kejap kang dah terdengar mangsa gigitan si buka kecik....

siapa mangsa adik syirah seterusnya....