Sunday, June 21, 2009

Ziarah keluarga kakak di Johor Bahru

Pada hari Khamis 18 hb Jun 2009 saya telah menerima satu panggilan telefon dari kakak yg mengatakan suami kak Halina telah meninggal dunia pagi tadi. Saya pun telefon suami bagitau ...memandangkan perjalanan ke Johor Bahru agak jauh dan saya ambil keputusan untuk ziarah mereka pada hari esok. Maklumlah ngan anak sekolah dan masih ada kerja yang belum selesai, kalau berebut-rebut pergi pun belum tentu dapat sampai sebelum jenazah dikebumikan lagipun suami pun tak pasti arah jalan ke sana.

Pada hari Jumaat seawal jam 4.00 pagi saya telah bangun untuk kemaskan rumah dan barang-barang yang mana perlu untuk dibawa ke Johor. Dan untuk siapkan anak-anak yang akan ke sekolah. Jam 8:00 pagi saya call emak di Muar untuk memberitahu bahawa saya akan ke Johor manalah tau kalau dia nak ikut sekali ke sana. Saya dan suami mengambil keputusan supaya anak yang sulung dan yang kedua tidak ikut kami kesana memandangkan mereka ada aktiviti di sekolah. Kami berpesan dengan jiran dan juga kepada pengasuh anak supaya jenguk-jengukkan anak kami yang tinggal. setelah semuanya beres kami meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur pada jam kurang lebih jam 10.30 pagi dan memandangkan emak tidak dapat turut serta kami terus sahaja melalui lebuhraya sehingga ke Johor Bahru dan sampai di sana lebih kurang jam 2 petang.

Kami berehat seketika di rumah kakak di Bandar Baru Uda sementara menunggu mereka membawa kami menunjukkan arah jalan ke rumah kakak Halina. lebih kurang jam 3.00 petang kami pun bergerak ke rumah kakak di Plentong dan sampai disana lebih kurang setengah jam kemudian. Suasana masih lagi bersedih, terutama kakak dan anak-anak beliau yang masih lagi sugul. Menurut kata kakak, suaminya telah mengalami penyakit kencing manis agak lama, tapi aruah tidak mahu mendapatkan rawatan secara berkala di pusat kesihatan yang berhampiran... sampailah di satu ketika penyakit tersebut telah melarat dan sebahagian dari kaki aruah terpaksa di buang kerana telah mengalami komplikasi. Menurut kata kakak lagi setelah aruah menjalani pembedahan (lebih kurang 15 hari selepas pembedahan) keadaan menjadi semakin kritikal sampailah doktor memaklumkan terdapat kuman dalam darah beliau seterusnya mengakibatkan jangkitan pada paru-paru.

Beliau telah ditempatkan di wad ICU hospital di Johor Bahru semalaman dan menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 8 pagi pada hari Khamis 18 Jun 2009 pada usia 51 tahun. Aruah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak, empatnya daripadanya masih lagi bersekolah antara tingkatan 6 dan darjah 1. Manakalah anak yang sulung baru saja bekerja.

Semoga kak Halina dianugerahkan semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan dan juga anak-anak beliau diberi ketabahan dan kekuatan serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

No comments: