Sunday, June 21, 2009

Ziarah keluarga kakak di Johor Bahru

Pada hari Khamis 18 hb Jun 2009 saya telah menerima satu panggilan telefon dari kakak yg mengatakan suami kak Halina telah meninggal dunia pagi tadi. Saya pun telefon suami bagitau ...memandangkan perjalanan ke Johor Bahru agak jauh dan saya ambil keputusan untuk ziarah mereka pada hari esok. Maklumlah ngan anak sekolah dan masih ada kerja yang belum selesai, kalau berebut-rebut pergi pun belum tentu dapat sampai sebelum jenazah dikebumikan lagipun suami pun tak pasti arah jalan ke sana.

Pada hari Jumaat seawal jam 4.00 pagi saya telah bangun untuk kemaskan rumah dan barang-barang yang mana perlu untuk dibawa ke Johor. Dan untuk siapkan anak-anak yang akan ke sekolah. Jam 8:00 pagi saya call emak di Muar untuk memberitahu bahawa saya akan ke Johor manalah tau kalau dia nak ikut sekali ke sana. Saya dan suami mengambil keputusan supaya anak yang sulung dan yang kedua tidak ikut kami kesana memandangkan mereka ada aktiviti di sekolah. Kami berpesan dengan jiran dan juga kepada pengasuh anak supaya jenguk-jengukkan anak kami yang tinggal. setelah semuanya beres kami meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur pada jam kurang lebih jam 10.30 pagi dan memandangkan emak tidak dapat turut serta kami terus sahaja melalui lebuhraya sehingga ke Johor Bahru dan sampai di sana lebih kurang jam 2 petang.

Kami berehat seketika di rumah kakak di Bandar Baru Uda sementara menunggu mereka membawa kami menunjukkan arah jalan ke rumah kakak Halina. lebih kurang jam 3.00 petang kami pun bergerak ke rumah kakak di Plentong dan sampai disana lebih kurang setengah jam kemudian. Suasana masih lagi bersedih, terutama kakak dan anak-anak beliau yang masih lagi sugul. Menurut kata kakak, suaminya telah mengalami penyakit kencing manis agak lama, tapi aruah tidak mahu mendapatkan rawatan secara berkala di pusat kesihatan yang berhampiran... sampailah di satu ketika penyakit tersebut telah melarat dan sebahagian dari kaki aruah terpaksa di buang kerana telah mengalami komplikasi. Menurut kata kakak lagi setelah aruah menjalani pembedahan (lebih kurang 15 hari selepas pembedahan) keadaan menjadi semakin kritikal sampailah doktor memaklumkan terdapat kuman dalam darah beliau seterusnya mengakibatkan jangkitan pada paru-paru.

Beliau telah ditempatkan di wad ICU hospital di Johor Bahru semalaman dan menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 8 pagi pada hari Khamis 18 Jun 2009 pada usia 51 tahun. Aruah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak, empatnya daripadanya masih lagi bersekolah antara tingkatan 6 dan darjah 1. Manakalah anak yang sulung baru saja bekerja.

Semoga kak Halina dianugerahkan semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan dan juga anak-anak beliau diberi ketabahan dan kekuatan serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Monday, June 01, 2009

Kunjungan Abang Ipar sekeluarga

Hari Ahad jam 11:30 malam saya telah dikunjungi oleh abang ipar dan keluarganya yang datang dari kelantan... amboiiiiii buat kejutan laaa pulak...Sebenarnya mereka pun tak rancang nak singgah ke rumah... kebetulan hari Ahad tu dia dan keluarganya hantar anak ke UPSI di Tanjung Malim...mungkin dah terlanjur ke Tanjung Malim tu dia nekad nak terus ke Kuala Lumpur...
Dah sampai pun malam tak laratlah pulak nak memasak bagai.. maklumlah dalam mood tidur masa tu.. dia orang pun dah letih agaknya .. saya pun buat air teh o panas dan biskut buat alas perut.. katanya dah makan kat luar... sib baikkk. lepas minum dia orang mandi dan terus tidurrrr.

So pagi isnin tu jam 6 pagi acara pun bermula dimana sesi menyediakan juadah. Menu utama tentulah sediakan mereka dengan hidangan yang berat sket. Nasib baik jugalah dah cuti sekolah... jadi tak adalah berebut sangat untuk siapkan anak-anak. Oleh kerana tetamu dari jauh bertandang kat rumah saya pun nekadlah jugak untuk ambil cuti kecemasan..hehehehe... bukan apa saya tak sampai hati bila orang jauh datang kat rumah, kita tinggalkan dia org pulak


lepas jer siapkan juadah kita orang breakfast bersama-sama sambil berbual-bual rupa-rupanya dah nak balik hari ni jugak... alamak aiiiii awalnya dia orang ni.. kakak ipar pula berhasrat nak ajak beli kain langsir . So saya pun mulakan langkah.... dengan memasak juadah tengahari... sebab jap lagi nak bawa kakak ipar ke KL untuk beli langsir .... dengan pantasnya jam 10:00 siap proses memasak dan bersiap ke Jalan TAR. Mula-mula kami masuk ke nagoya survey harga dulu.... lepas tu masuk kamdar... masih tak berkenan dan akhirnya pergi ke Jakel.. alhamdulillah sib baik masa dari pemantauan harga yang kami buat kat Jakel tengah buat sale... dan terus ajelah beli kat situ jer... harga pun jauh lebih murah dari tempat yang telah kami kunjungi sebelum ni.


Selesai membeli kami pun terus balik sebab dah tak larat nak bawa barang2 yang berat tu... so tahan teksi jerlah kena tambang dalam RM11.00. Kakak ipar nampak puashati dah dapat apa yang dia nak. sampai rumah duduk kejap hidangkan dia orang juadah tengahari.. dan lepas tu kemaskan baju anak-anak dan suami yang akan turut sama balik ke Kelantan.. Suami nak try rawat tangan anak sulung dengan perubatan tradisional di Kelantan.. so yang ikut balik ke sana ialah anak yang sulung dan anak yang ketiga. Manakala anak yang kedua dan keempat tinggal ngan saya diKL.


Selesai solat zohor mereka semua pun bersiap untuk bertolak ke Kelantan... jam 3 lebih barulah dia org bertolak dengan berkonvoi... Walaupun terasa juga laaa letihnya tapi saya rasa puas hati dapat beri layanan yang sebaiknya kepada mereka.