Sunday, March 16, 2008

Ahli baru.....

Lama sudah tidak meninggalkan jejak di sini..... ni baru nak story sket, maklumlah selepas pemergian aruah abah ke rahmatullah, saya sudah kekurangan idea untuk dicurahkan di blog ni... lagipun masa tu saya mengalami alahan dan beberapa komplikasi sewaktu mengandung, rasa macam tak larat sangat.

Alhamdulillah pembuka tirai 2008, iaitu pada 5 Januari saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Memang terasa perbezaan dan pengalaman dari yang lepas-lepas... tempoh 17 jam menahan kesakitan, bukannya satu tempoh yang singkat... maklumlaaa dah lama sangat kut. Namun begitu saya bersyukur sangat-sangat iaitu sewaktu kelahiran anak ini, saya telah mendapat layanan yang baik oleh staf di wad bersalin HKL. Hospital bersalin HKL memang dah jauh lebih baik, banyak perbezaan laaa. Kalau bersalin anak yang terdahulu suami tidak dibenarkan berada disisi isteri disaat melahirkan, tapi alhamdulillah sekarang mereka telah membenarkan suami berada di sisi isteri (pada saya kehadiran suami disisi amat penting disaat begini terutamanya untuk memberi sokongan dan semangat pada isteri selain dapat mengurangkan rasa sakit). Selain daripada itu mereka dapat melihat proses kelahiran tersebut... (at least biar dia beringat sket.. hehehe).

Tempoh berpantang pun kali ni semuanya di Kuala Lumpur, lagipun anak-anak semua dah bersekolah. Jadi serba sedikit belajar laaa berdikari. Saat inilah yang saya paling sayu, maklumlah bersalin anak yang sebelum ni semua nya berpantang di kampung dan orang yang paling mengambil berat adalah aruah abah. Susah payah dia bagi memastikan kita berpantang dalam keadaan selesa memang dapat dirasakan. Kalau dulu dia yang pastikan bidan dan rempah ratus (jamu) dah dibooking awal-awal, kiranya segala keperluan tu memang tak payah nak risau. lagi satu yang paling saya terasa sangat-sangat dengan abah dulu celik aje mata dia dah panaskan batu tungku pas tu siap hantar kat katil, lagi satu dia jerangkan air mandian dengan campuran daun-daun. Pas tu kalau time makan ubat especially jamu, dia make sure saya habiskan, siap dia tunggu saya minum (inilah kenangan yang paling tidak dapat saya lupa). Bila dah bela sendiri buat tak kisah jer bertungku pun sekejap tu pun lepas mandi.

Alhamdulillah juga, seminggu lepas bersalin, emak dan adik beradik yang lain pun datang ziarah. maklumlah masing-masing pun sibuk maklumlah awal tahun. Emak pun Alhamdulillah di anugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik, dapatlah dia menjaga saya selama 3 minggu. Alhamdulillah anak pun tak adalah meragam sangat masa dalam pantang. Mungkin sesuai nama yang dipilih (Nurul Insyirah - Cahaya Ketenangan/kegembiraan). Kakak dialah orang yang paling excited sekali, masing-masing sibuk nak mengadap adik dan kalau dibiarkan mau aje diangkat, ditimang-timang aje adik dia tu. Cuma sekarang ni saje baru saya benarkan dia angkat adiknya tu sebab otot dia dah kuat sket.