Monday, November 27, 2006

Peragut jalanan...

Semalam 27 Disember 2006 telah tercatat pengalaman yang buruk buat seorang anak sedara ku. Perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti telah berlaku terhadap salah seorang dari ahli keluarga ini. Beliau yang menumpang dirumahku sejak awal november yang lalu, bertugas sebagai pereka grafik disebuah company di sungai buluh. untuk memudahkan urusan berulang alik ke tempat kerjanya beliau menunggang motorsikal modenas Kriss, maklumlah itu saje kenderaan yang ada lagipun beliau masih belum lagi memiliki lesen kereta. Pada awal beliau memulakan rutin harian ke tempat kerja selalunya saya berpesan supaya berhati-hati dan kalau boleh sorokkan handbag dari pandangan umum, bimbang juga jenayah ragut kat kuala Lumpur ni memang menjadi-jadi. Sepanjang beliau berulang alik ke tempat kerja itulah kata-kata yang mampu saya sampaikan.

Sehinggalah pada hari semalam saya telah menerima satu panggilan telefon yang mengatakan bahawa beliau telah diragut sewaktu menunggang motorsikal di sepanjang MRR2 kepong. Berdebar juga jantung saya menerima berita tersebut, bimbang dengan pelbagai kemungkinan. Saya difahamkan peragut tersebut telah mengekori anak sedara saya sewaktu di setesen minyak lagi. anak sedara ni tidaklah mengesyaki apa-apa memandangkan ramai yang melalui jalan tersebut. Sewaktu melalui MRR2 Kepong kenderaan mulai laju dan peragut tersebut mengambil kesempatan untuk memintas motorsikal anak sedara saya ni dan cuba mengambil beg plastik yang berada dalam raga motorsikal tersebut, dan beliau sempat menolak anak sedara saya akibat dari tolakan tersebut anak sedara ni terjatuh dan menyebabkan beliau tak dapat bertindak. Peliknya walaupun banyak kenderaan yang melalui kawasan tersebut tidak seorang pun yang berhenti memberikan pertolongan.

Melihatkan tidak satu pun manusia yang sudi membantu, beliau telah bangun dan memulakan perjalanan, malangnya topi keledar yang dipakainya telah tercampak di tengah jalan dan beliau tidak dapat mengambil topi tersebut memandangkan kereta yang lalu lalang di kawasan tersebut dipandu dengan laju. tanpa berfikir panjang beliau telah pergi ke tempat kerjanya tanpa memakai topi keledar dan dengan bantuan rakan-rakan beliau telah membuat laporan polis. Antara barang-barang yang diambil ialah handbag yang berisi duit sebanyak RM200.00, telefon bimbit, sebentuk cincin, dan biasalah org pompuan ni tentulah barang "make-up".

Dan yang paling saya marah dan geram kepada peragut tersebut, tupperware pun dia ambil jugak.......!! kira dia complete laaa kan siap dapat makan free lagi sebab dalam tupperware tu ada nasi... hahahahaha. itulaaa dia rasanya kemana pergi pun macam dah tak selamat lagi... kenapa jenayah ragut ni semakin menjadi-jadi? pada saya patutnya hukuman hudud wajar dilaksanakan di negara ini supaya memberi kesedaran kepada orang yang lain yang bercita-cita untuk melakukan perkara yang sama.

Buat anak sedara ku janganlah terlalu bersedih atas kejadian semalam, ada hikmah disebalik perkara yang berlaku itu. Wawa masih boleh dikategorikan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius seperti yang dipaparkan sebelum ini yang mengakibatkan kematian dan sebagainya.

InsyaAllah ... !! segala perbuatan yang dilakukan hanya Allah yang akan membalasnya. Semoga peragut berkenaan insaf dan terbuka pintu hatinya untuk memulangkan barang-barang penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu.

No comments: