Wednesday, December 20, 2006

Kisah dari seribu kisah

Rasanya hari ini amat sesuai sekali untuk menyambung citer yang lalu, maklumlah kerja kat opis ni kalau dihujung-hujung tahun ni, aktivitinya mulalah berkurangan. Dikesempatan yang terluang ini saya nak bercerita tentang sebuah kisah rumahtanggan mungkin boleh dikongsi untuk dijadikan panduan dan pengajaran. kisah ini saya dengar dari seorang kawan, walaupun kami asalnya bukan kenalan rapat, tapi atas dasar simpati dari riak mukanya yang memerlukan rakan yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan yang terbuku, saya bersedia untuk mendengar dan membantu dari segi nasihat. (bukan kaunselor bertauliah pun- juga meminta pandangan dan nasihat orang yang lebih arif).
Kisahnya begini......, Perkahwinan yang terbina hampir berbelas tahun telah mula goyah apabila beliau mula terhidu akan ketidakjujuran suami terhadap rumahtangga. Saya sendiri pun terasa juga apabila diceritakan satu persatu detik mula api kemarahan beliau membara. Dipendekkan cerita kebajikan anak isteri telah mula terabai dengan tidak menyediakan bahan makanan secukupnya kerja2 rutin untuk membantu isteri telah ditinggalkannya, selalu keluar malam dengan alasan ada kerja diopis yang perlu diselesaikan dan ada ketikanya terus tidak pulang ke rumah.
Dan seperkara lagi yang membuatkan isteri makin tertekan apabila beliau mula perasaan suami mula ber'sms' secara sembunyi. si suami mula mengelabah (jadi tak tentu arah) jika isteri mendekati beliau yang pada ketika itu sedang bersms. Pada suatu hari isteri ini telah terlihat sms yang diterima dari makhluk Allah ini, kebetulan ditakdirkan Allah si suami meninggalkan h/p tersebut atas sebab untuk cas bateri. Dan pada ketika itu pulaklah insan ini telah hantar sms........ jeng..jeng..jeng telah terbacalah olehnya akan ayat-ayat pesanan tersebut.... perasaan marah mula meluap-luap. Oleh kerana sifat kesabaran beliau yang tinggi, telah mamatahkan api kemarahan tersebut untuk beliau berfikir dan bertindak lebih bijak, akhirnya beliau mendapat idea untuk menyamar dengan membalas sms itu. Beliau telah mencatat no h/p gadis berkenaan atas tujuan untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Dan dari situ bermulalaaa episod...... isteri ni tadi telah bertindak untuk membeli satu no telefon prabayar untuk tujuan menyamar untuk menggoda si gadis ni... keadaan ini berlanjutan untuk mendapatkan kepercayaan si gadis tersebut. Dalam pada itu si suaminya masih lagi berhubung dengan si gadis berkenaan. Saya dan juga beberapa orang rakan cuba juga membantu mendapatkan beberapa maklumat(amboi macam agen risikan pulak - tapi masa konflik ini berlaku keadaan ini memang cukup mencabar.. sebab ada ketikanya saya telah diganggu dengan panggilan telefon sewaktu di rumah, Tetapi atas arahan rakan jika nombor lain yang tidak tiada dalam list phone saya jangan jawab panggilan tersebut- kecuali jika sms) kalau anda dalam situasi tu... memang macam-macam perasaan yang timbul (takut, tragis, simpati, kelakar dan berbagai lagi)
Kalau nak huraikan satu persatu rentetan peristiwa tersebut memang banyak lagi kejadian yang berlaku. Atas nasihat rakan-rakan beliau telah cuba mendapatkan bantuan seorang ustaz yang berada di luar Kuala Lumpur.. untuk memulihkan semangat suami supaya tidak terpesong terlalu jauh akibat dari perkenalan dengan org ketiga. Ustaz tersebut telah memberitahu si isteri berkenaan supaya beliau banyakkan bersabar kerana suaminya ini telah dikenakan mungkin dalam bentuk makanan dan minuman sebab itulah ingatan beliau terhadap si gadis ini semakin hari semakin kuat. Atas arahan ustaz tersebut supaya isteri ini melakukan solat hajat dan solat taubat selain dari amalan sampingan yang perlu dilakukan....
Dan dengan rahmat dari Allah atas usaha yang dilakukan akhirnya si suami mula tersedar dari kesilapan besar yang dia telah lakukan. menurut ceritanya.. Si suami ini dengan secara tiba-tiba melutut di depan isteri merayu, menyesali atas segala perkara yang berlaku dan yang kelakarnya bila beliau sendiri meminta bantuan isterinya supaya menelefon gadis berkenaan supaya memutuskan perhubungan beliau dengannya (tidakkah aneh bunyinya tu.. pandai buat pandailah tanggungkan) tapi atas rasa kasihan belas, kasih dan sayang dan kesabaran seorang isteri terhadap suami akhirnya beliau menelefon gadis berkenaan dengan bercakap secara kasar serta mengugut untuk mengambil tindakan terhadap beliau jika masih lagi ada perasaan terhadaap suaminya.
Akibat dari peristiwa yang berlaku, walaupun si suami telah mengaku kesilapan tetapi hati isteri mana yang tak terhiris dan terluka. Kesan lukanya masih lagi berparut sukar di lupakan segala kejadian yang berlaku lebih-lebih lagi bila mengetahui banyak duit simpanan suami telah ditaburkan kepada gadis berkenaan.
Saya cuba ingatkan kepada diri saya dan sesiapa jua supaya setiap tindakan yang dilakukan perlulah berlandaskan kepada batas keimanan kembali ke jalan Allah jika mula merasa diri sudah tersimpang dari laluan yang digariskan. InsyaAllah hidup akan selamat diberkati dan dirahmati oleh Allah. Paling penting utamakanlah keluarga, jika ada masalah pada diri dan sesuatu yang perkara yang melibatkan keluarga mintalah bantuan mereka dengan berbincang untuk mencari penyelesaian.... walau se tinggi mana pun kita, walau se kecil mana pun kita .... kembalilah kepada keluarga. Keluarga adalah segala-galanya...

No comments: