Thursday, December 14, 2006

Sembang-sembang

Sejak akhir-akhir ni kerap benar berlaku kes penceraian dikalangan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga...! Agak-agaknya lah apa penyebab keberantakan antara pasangan ini yang mana akhirnya terjadinya perpisahan (perceraian). Adakah mereka gemar dengan gelaran janda atau duda..?

Kadang-kadang tu terfikir juga bukankah terbinanya mahligai kehidupan mereka itu diputuskan atas dasar suka sama suka dan apatah lagi mereka melalui proses perkenalan dan percintaan..? cuba kita fikirkan bagaimana perkahwinan orang dulu-dulu atau lebih mudah dizaman ibu bapa kita dulu. Rasanya jodoh orang dulu-dulu diaturkan oleh keluarga dan anak-anak gadisnya pula tidak mudah untuk berjalan berpasangan dengan lelaki selagi belum diijabkabulkan..! percintaan mereka suci dan tidak tercemar dengan budaya yang menyesatkan. Adat dan adab sentiasa menjadi landasan dan pegangan mereka, malah mereka hanya lebih mengenali pasangan sesudah diijabkabulkan. Alangkah manisnya kehidupan mereka, seperti kata pepatah.....cinta setelah mendirikan rumahtangga adalah cinta yang suci yang lahir dari hati yang tulus ikhlas. Hidup dengan penuh kesyukuran dalam meniti arus kehidupan dari hari ke hari dengan diiringi tawa hilai anak anak-anak. Ya Allah .....! alangkah bahagianya kehidupan.. berpisah pun hanya kerana dijemput ilahi. Allah hu Akbar..!!!

Berbeza dengan pasangan dizaman sekarang.... tempoh percintaan makan bertahun-tahun dan kemudahan telekomunikasi yang semakin canggih memudahkan untuk berutusan khabar berita.... duduk berjauhan pun terasa seperti bertentang mata antara satu sama lain. Kata orang asal dengar suara pun jadilah sebagai pelepas rindu.. !! keluar dikhalayak berduaan tanpa ikatan, berpegang tangan tanpa segan silu dan ada segelintirnya melakukan lebih dari itu (faham sendirilah). Astaghfirullah..! mengapakah hukum tuhan dipermainkan, lemahnya iman muda-mudi zaman ini. Cubalah bandingkan percintaan dulu dan kini. Saya berpendapat faktor inilah merupakan penyebab mengapa perkahwinan pasangan muda berberantakan. Mungkin terlalu umum.. tetapi jika dihuraikan dengan lebih teliti kita dapat menilai dari setiap sudut.

Saya juga berpendapat kiranya perkara ini dapat dirujuk kepada mereka yang lebih arif seperti kounselor rumahtangga pastinya banyak fakta dapat dihuraikan dengan lebih teprinci dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan pasangan untuk jangka panjang.

Sebenarnya banyak lagi cerita yang telah saya dengar dari kawan-kawan mengenai kehidupan berumahtangga ni.. insyaAllah..! kalau ada kelapangan akan saya coretkan untuk dijadikan sebagai pengalaman, panduan dan tauladan untuk diri saya dan kepada sesiapa jua.

No comments: