Sunday, October 01, 2006

7 Ramadhan meninggalkan satu kenangan

hmmm alahaiii..! pejam celik dah masuk 9 hari kita berpuasa. Syukur ke atas nikmat yang dikurnia Allah SWT. Ramadhan pada tahun ini juga nampaknya puteri-puteri yang dua orang tu masih lagi mempertahankan puasa mereka. Along dan angah masing-masing berlumba-lumba untuk melakukan ibadat puasa walaupun sekali sekala ada juga terdengar keluhan yang terkeluar dari mulut mereka. Sifat fitrah anak-anak, ibu bapa jugalah yang terpaksa memberi dorongan dan sokongan supaya meneruskan hingga waktu berbuka.

Mengimbas kenangan pada 7 ramadhan yang lalu, kami sekeluarga telah terlepas untuk bersahur, sedar-sedar jam dah pukul 6:30 pagi. Aduhhh rasa bersalah pun ada, ape tidaknya "alarm" dah pun berbunyi jam 4:45 pagi tapi disebabkan ada ruang waktu, kononnya nak baring kejap, tapi dalam masa berbaring itulaaa pulak mata ni terlelap semula... nah...! sedar-sedar dah pukul 6:30 apa lagi.... buat tak tau ajelaaa.. nak buat macam mana masa berlalu .. bukan boleh di ulang semula. Dengan perasaan bersalah dikejutkan lah anak-anak dan suami untuk menunaikan solat subuh... mula-mula tu takut jugak laaa kut suami dan anak-anak ni meradang.. tapi Alhamdulillah mereka semua dapat terima alasan tersebut dan dapat menerima seadanya...

Melihatkan anak-anak yang berpuasa tanpa bersahur, kesian pun ada tapi terpaksa jugak laa, control supaya mereka dapat meneruskan puasa pada hari tersebut. Adik pun berkali-kali mintak berbuka sebab dia kata tadi adik tak sahur, so dengan kata-kata semangat yang diberikan alhamdulillah adik dapat meneruskan puasa. Amin ya Allah, saya juga terpaksa laa mengambil hati mereka semua dengan menyediakan juadah yang boleh dianggap istimewa pada hari tersebut. Tapi nak jadikan cerita mujurlaaa pada hari tersebut saya telah diberi rehat oleh Allah dari melakukan ibadah puasa (biasalah org pompuan)... jadinya peluang tu saya ambil untuk menyediakan juadah yang istimewa.

Menu disediakan adalah Air sirap bandung, Sup tulang, bihun sup, puding jagung, adalah juga pemberian dari jiran yang berupa lauk pauk iaitu kailan goreng ikan masin, tomyam, ikan siakap masak 3 rasa... rezeki Allah bagi kadang-kadang kita tak duga. Hah sekali terhidang mak oiiii penuh satu meja.. Itulah dia, walaupun kita tak bersahur tapi niat tu ikhlas kerana Allah, jadi rezeki tu datang berganda. AMIN .. Syukur Alhamdulillah.

Adik yang 5 tahun pulak cuba juga diajar puasa.. tapi masih lagi belum berjaya sampai ke waktu berbuka, setakat hari ni adik dapat bertahan paling lama pun pukul 1:00 petang, maklumlah usia dalam tempoh percubaan lagi tu. Dugaan berpuasa dengan melayan kerenah anak-anak ni memang la bermacam ragam. Ape tidaknya nak memujuk untuk meneruskan puasa satu hal, nak memilih menu pun satu hal, nak membangunkan mereka waktu bersahur pun satu hal. Walau apa keadaan sekalipun, ramadhan bersama mereka memang seronok dan menghiburkan. Waktu paling seronok melihat mereka adalah ketika menjamah hidangan berbuka.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan
menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim
- Petikan Hadis Riwayat Muslim

No comments: