Wednesday, October 04, 2006

Kisah Duit Raya

Salam 12 Ramadhan... saya nak kongsikan kan citer ini untuk kita fikir-fikirkan ...

Cerita duit raya (ringkasan dari petikan artikel bertajuk: Ayah! Jom Pergi Rumah Tok Cik oleh Hafiz Firdaus Abdullah)

“Ayah! Jom pergi rumah Tok Cik”
“Nanti kita pergi, petang sikit” jawab Kamal kepada anaknya Nur Asyra
“Tak nak, pergi sekarang juga”, balas Nur Asyraf“
Kenapa?”, kata Kamal lagi
“Tok Cik…Tok Cik bagi duit raya.”

Apa yang diminta oleh anak Kamal adalah perkara lazim berlaku pada 1 Syawal setiap tahun. Duit Raya menjadi satu “syiar” sambutan Hari Raya di kalangan kita semua. Dalam artikel yang serba ringkas ini, penulis ingin mengajak para pembaca, khasnya ibu bapa, untuk merenung, memikir dan menganalisa sebentar fenomena ini.

Budaya Siapa?

Tolong betulkan jika salah, amalan memberi duit raya ini bukanlah dari ajaran Islam. Duit raya adalah budaya kaum Cina yg lazimnya mereka raikan pada sambutan Tahun Baru Cina. Budaya ini telah meresap dikalangan umat Islam di Malaysia sehingga diangap sebahagian daripada “syiar’ sambutan 1 Syawal. Pada waktu yg sama , “syiar” Islam yg asal dalam menyambut 1 syawal telah diketepikan atau diberi priority yang ke bawah.

Apa salahnya
, bukankah itu suatu yg baik?

Soalan diatas mungkin berlegar di fikiran sebahagian ibubapa, benarkah ianya suatu yang baik?
Terdapat dua faktor penting yg sama2 kita jadikan sumber pertimbangan.

PERTAMA
:

Saling beri hadiah memang merupakan suatu yg dianjurkan dalam Islam. Memberi hadiah dapat menjinakkan hati, menutup permusuhan dan menghubungkan silaturrahim. Tetapi, syaratnya, hadiah tersebut mesti diberi dengan ikhlas sekadar mampu.

Adakah memberi duit raya termasuk hadiah yg ikhlas dan sekadar mampu?

Sila perhatikan poin-poin berikut :Sebahagian ibubapa memberi duit raya kerana membalas tindakan ibubapa lain yg memberi duit raya kepada anak mereka. Jika mereka tidak membalas, maka dibimbangi ibubapa lain akan kecil hati, maka sedar atau tidak, tindakan saling memberi duit raya tidak lahir kerana keikhlasan tetapi kerana terpaksa.
Kadar duit raya yg diberikan lazimnya diukur berdasarkan kadar duit raya yg diterima. Contoh: Lima ringgit selalunya dibalas dengan lima ringgit. Kita ketahui bahawa keikhlasan dalam memberi ialah ia tidak diukur dgn apa2 skala yg telah ditetapkan. Jika pemberian adalah berdasarkan skala ukuran tertentu, maka ia mencemari keikhlasan tersebut.

Pada suasana sekarang, kadar duit raya tidak lagi sekadar wang logam/ syiling tetapi wang kertas. Ini tentu membebankan sesetengah ibubapa dimana mereka terpaksa menyediakan sejumlah wang dalam belanjawan mereka untuk “dihadiahkan” kepada anak2 buah, anak2 jiran, anak2 rakan dan sbgainya.

Ibubapa juga terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan wang tersebut dlm kertas yg baru dalam pecahan tertentu di bank2. Kadang kala ada ibubapa yang beratur panjang dan mengambil masa pejabat dalam melakukannya. Dalam Islam, tidak boleh melakukan amal yg sunat dgn mengabaikan amal yg wajib. Memberi duit raya sebagai hadiah yg ikhlas adalah amalan sunat tetapi bekerja di pejabat adalah amanah yg wajib.

Empat poin-poin diatas dapat menjawab persoalan samada duit raya adalah satu hadiah yg ikhlas dan berdasarkan kemampuan. Penulis yakin, setiap ibubapa yg berlainan akan memberi jawapan yg berlainan. Yg penting, harap jawapan itu adalah ikhlas untuk diri sendiri.
Walaubagaimanapun, tidak semua ibubapa seperti diatas. Ada yang memberi duit raya dengan ikhlas. Oleh itu, tak wujud salah faham bahawa penulis menkategorikan semua ibubapa dalam kumpulan yg sama.

KEDUA

Kebaikan duit raya akan berubah menjadi buruk dalam sedar atau tidak. Duit raya mendidik anak2 menjadi seorang yg materialistik. Kegembiraan mereka menyambut 1 Syawal lebih tertumpu kepada duit raya yg bakal diperolehi. Mereka memilih rumah mana yang patut diziarahi berdasarkan kadar duit raya yg bakal diperolehi. Mereka memilih kasih di antara ahli keluarga dan sanak saudara berdasarkan jumlah duit raya yg diberikan.

Malah sesetengah anak2 memberitahu ibubapa mereka bhw mereka keluar berhari raya dgn rakan2. tetapi mereka kadang2 bukan keluar berhari raya tetapi menjadi peminta sedekah. Mereka bersama rakan2 pergi rumah ke rumah sambil melaungkan “ Assalamualaikum” . Yang diharapkan bukanlah sekadar “Walaikumsalam” tetapi diiringi sampul yg memiliki duit raya di dalamnya.

Jika begitu, anak2 nak berhari raya dgn apa?
Jika persoalan di atas timbul dari kalangan ibubapa maka jelas duit raya telah menenggelamkan “syiar” Islam yg terkandung dlm sambutan 1 syawal. Sudah tiba masanya ibubapa memikirkan tindak tanduk mereka selama ini dlm bab sambutan 1 Syawal dan kaitannya dgn duit raya.

Apakah tujuan sebenar tulisan ini?
Seperti yg disebutkan pada bahagian permulaan, artikel ini mengajak para pembaca sekalian, khasnya para ibubapa, utk merenung, memikir dan menganalisa satu amalan yg sekian lama telah menjadi kebiasaan.

Baik atau buruk amalan memberi duit raya terserah kepada ibubapa. Yg merasakan ia baik, maka teruskan, yg merasakan tak baik, tinggalkan. Mungkin diantara kita ada perbezaan tetapi penulis percaya ibubapa bersikap terbuka dalam menghadapi perbezaan ini.Walaubagaimanapun, sambil kita fikir & menganalisa baik atau tidak amalan duit raya, terdapat amalan yg kita tidak akan berbeza iaitu memberi sedekah kepada anak-anak yatim (1), keluarga-keluarga miskin (2), orang-orang yg hilang upaya dan sebagainya.Inilah orang-orang yg sepanjang tahun makanan & minuman mereka hanyalah sekadar nasi dan kicap cair yg telah dicairkan. Pakaian mereka hari ini adalah apa yg mereka pakai semalam, malah mungkin juga merupakan apa yg mereka pakai sejak bertahun-tahun sebelumnya. Mereka tidur bertilamkan lantai yg sejuk atau tanah yg berdebu. Mereka tidak berteduh daripada terik matahari melainkan turut serta merasai kepanasannya kerana hanya berbumbungkan kepingan zink. Mereka tidak berlindung daripada hujan yg lebat melainkan turut serta merasai tempiasnya kerana kepingan zink telah berkarat.

Demikian halnya dlm pelbagai sudut lain dlm kehidupan mereka.Merekalah orang2 yg memerlukan duit raya. Atau dlm istilah yg lebih tepat, sedekah. Diantara syiar utama sambutan 1 Syawal ialah umat Islam tidak kira yg bernasib baik atau kurang bernasib baik, sama2 dapat menyambut dengan meriah. Tidak ada kemungkinan bg orang2 yg kurang bernasib baik utk menyambut 1 Syawal melainkan kita membantu mereka. Jika selama ini kita menyediakan belanjawan tertentu utk duit raya, maka pastikan tahun ini dan tahun2 akan datang kita juga menyediakan belanjawan yg khas utk mereka. Ini kerana terhadap orang2 ini, tidak timbul sama ada amalan memberi duit raya adalah baik atau tidak. Tidak wujud penganalisaan melainkan pemberian.

Memberikan sedekah adalah mudah, sekadar pergi ke ATM atau menulis cek. Akan tetapi ada sesuatu perkara tambahan yg pada satu sudut mungkin sukar tetapi dari sudut yg lain besar manafaatnya. Apabila hendak menyampaikan sedekah, pastikan kita sendiri yg pergi ke rumah org miskin, rumah anak yatim dan rumah orang hilang upaya. Kemudian – dan inilah yg menyukarkan – bawa sama anak2 kita ke rumah2 tersebut. Membawa anak2 akan memberi mereka satu pengalaman yg baru, justeru satu pendidikan yg tiada tandingannya.Dgn membawa anak2, kita dapat mendidik mereka utk bersyukur atas apa yg mereka nikmati selama ini, sedar bhw wujud satu golongan masyarakat yg tidak bernasib dgn mereka, prihatin kpd golongan tersebut & akhirnya, menimbulkan rasa kasih sayang & ingin membantu golongan tersebut. Biarlah mereka saling bersalaman & berkenalan dgn golongan yg kurang bernasib baik itu. Malah, biarlah mereka yg menyampaikan duit yg ingin kita sedekahkan. Semua inilah akan menjadi satu pendidikan & pengalaman yg merupakan sebaik-baik “duit raya” utk anak2 kita sendiri.

Nota Kaki: Dalil tuntutan memberi bantuan/infak kepada anak yatim & orang miskin seperti dibawah:

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yg harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaklah diperuntukan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yg kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. ( Al –Baqarah/2: 215)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a dari Rasullulah Saw: Beliau bersabda, maksudnya, “Orang yg membantu janda dan orang miskin, seperti pahala pejuang di jalan Allah.” Aku kira beliau bersabda, “ Dan seperti orang yg beribadah semalam suntuk, dan seperti orang yg berpuasa terus menerus.” (8: 221 – Sahih Muslim)

No comments: